Akhyar Yakin Akan Cergas Dan Dapat Beraksi Menentang Jepun

Sebelum ini Datuk Ong Kim Swee menyatakan pemain utama Malaysia dalam Sukan Asia kali ini, Akhyar Rashid mengalami kecederaan.

Akhyar telah menjadi nadi penting skuad Malaysia dalam kempen Sukan Asia kali ini. Gandingan beliau dan Safawi Rasid menjadi kegerunan pasukan lawan.

Malaysia mengenepikan Korea Selatan untuk menjadi juara peringkat kumpulan E. Kumpulan yang turut dihuni Bahrain dan Kyrgyzstan.

Ramai yang meletakkan Malaysia sebagai pasukan paling lemah dalam kumpulan ini. Namun Harimau Muda mengejutkan semua pihak dengan menjuarai kumpulan ini.

Akhyar Rashid yang diletakkan sebagai pemain bebas dalam peranan trequartista buat masa ini telah menunjukkan prestasi memukau. Akhyar memiliki kelicikan dan juga kepantasan di dalam corak permainan beliau.

Cabaran Malaysia seterusnya adalah Jepun pada Jumaat ini di Stadium Patriot Candrabraga, Bekasi.

Dipetik dari sumber Utusan Online, pemain muda itu yakin akan cergas sepenuhnya menjelang pertemuan menentang Jepun. Sekaligus beraksi dalam perlawanan itu. Beliau berkata:

“Kecederaan ini tidak begitu serius dan saya percaya akan pulih menjelang aksi menentang Jepun.”

Namun beliau menyerahkan sama ada beliau akan beraksi atau tak di tangan jurulatih.

SOREANG, INDONESIA – AUGUST 15: Abdul Rashid Muhanmmed Akhyar of Malaysia dribbles in action during the Men’s Football Group E match between Kyrgyzstan and Malaysia at Si Jalak Harupat Stadium ahead of the Asian Games on August 15, 2018 in Soreang, Indonesia. (Photo by Yifan Ding/Getty Images)

“Apa pun, jurulatih akan tentukan sama ada saya akan turun beraksi atau tidak kerana sudah pasti kita semua mahukan pasukan terbaik dalam aksi itu.”

Akhyar juga tahu lawan mereka adalah pasukan yang berkualiti meskipun hanya menghantar skuad B-21 dalam temasya kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN