Akhyar Ucap Terima Kasih Dan Mendoakan Kedah Cemerlang Musim Ini

Biarpun sudah memulakan latihan pertamanya bersama juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid tidak akan melupakan pasukan lamanya, Kedah dan mengucapkan terima kasih di atas segalanya.

Melalui paparan di akaun instagram miliknya, pemain yang berusia 20 tahun itu turut menghargai sokongan padu yang diberikan oleh penyokong setia dan mendoakan skuad Helang Merah mengecapi pelbagai kejayaan pada musim ini.

“Terima kasih Kedah atas segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini. #PulunKedahPulun.”, tulis Akhyar di laman instagramnya.

Seperti yang diketahui umum, isu berkaitan Akhyar menjadi tular ketika ini selepas Kedah mendakwa JDT telah menggunakan pendekatan ‘pintu belakang’ dalam usaha mendapatkan bintang muda semakin meningkat naik tersebut.

Dalam masa yang sama pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mendakwa Akhyar masih mempunyai kontrak selama setahun dan mereka masih belum menerima bayaran pampasan kontrak sehingga kini.

KFA turut berhajat untuk memanjangkan isu ini sehingga ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memperjuangkan perkara tersebut. Bagi menampung kos pihak pengurusan, mereka telah melancarkan tabung khas untuk mengheret kes tersebut ke muka pengadilan.

Apapun yang berlaku, kami di SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada Akhyar bersama pasukan baharu. Semoga beliau dapat meneruskan prestasi cemerlang sehingga menjadi inspirasi kepada pemain muda yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN