FAM Tidak Mahu Harimau Malaya Dibarisi Oleh Terlalu Ramai Pemain Naturalisasi

Pestabola Merdeka, Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan hanya pemain asing yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan bagi mengelakkan lambakan pemain naturalisasi yang kurang berkualiti.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam Berita Harian, badan induk bola sepak itu tidak mahu skuad Harimau Malaya menjadi seperti Singapura atau Hong Kong yang dibarisi oleh ramai pemain naturalisasi tetapi tidak membuahkan hasil lumayan di peringkat antarabangsa.

Sambil mengakui FAM ada senarai panjang calon pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan, beliau menegaskan hanya pemain yang berkualiti sahaja akan diberi peluang untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.

“Kami tak mahu menjadi seperti Hong atau Singapura. Kami perlu pastikan naturalisasi tidak membantutkan perkembangan skuad kebangsaan.

“Banyak aspek perlu diambil kira termasuk apa akan berlaku seterusnya selepas keputusan dibuat,” katanya.

Guilherme De Paula (kiri) dan Liridon Krasniqi (Kanan) merupakan antara calon pemain naturalisasi.

Bulan lepas, media tempatan melaporkan FAM merancang untuk naturalisasikan dua hingga tiga orang pemain import yang beraksi dalam Liga Malaysia bagi membantu meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Yusoff Mahadi mendedahkan bekas pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula antara pemain import yang berada dalam radar mereka.

Naturalisasi adalah pelan jangka pendek yang dirancang oleh FAM sementara menunggu kelahiran pemain tempatan berkualiti hasil daripada pelan jangka panjang daripada program akar umbi seperti NFDP.

Menurut undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara itu jika pemain tersebut telah menetap di negara itu sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun.

Liridon dan De Paula yang telah beraksi selama empat musim dalam Liga Malaysia perlu bermain semusim lagi sebelum layak menjadi pemain naturalisasi negara.

Namun begitu, menurut undang-undang perlembagaan Malaysia, warga asing perlu membuktikan mereka telah menetap di sini selama 10 tahun sebagai syarat untuk mendapatkan status warganegara yang sah.

Pemain import Terengganu FC, Lee Tuck dilaporkan berpeluang cerah menyarung jersi Harimau Malaya kerana mempunyai susur galur keluarga yang berasal dari Malaysia.

Setakat ini, skuad Harimau Malaya hanya mempunyai seorang pemain naturalisasi yang berasal dari Gambia iaitu Mohamadou Sumareh. Beliau sempat membantu negara muncul sebagai naib juara Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN