Akhyar Rashid vs Jordan, Ini Laporan Prestasi Daripada Kami

Pemain remaja pasukan Kedah ini menjadi pemain Malaysia yang paling muda dalam kejohanan debut Malaysia di Piala AFC B-23.

Namun begitu, beliau adalah pemain yang berjiwa paling besar dalam padang. Pada perlawanan menentang Iraq beliau menjadi pemain yang berani melakuka gelecekan menentang lawan lebih besar.

Posisi

Akhyar diturunkan sebagai penyerang saya kiri dalam sistem 3-4-3. Ini adalah heatmap beliau yang sangat dominan di bahagian sayap di garisan tengah (halfway line).

Beliau juga menjadi antara pemain yang paling banyak melakukan sentuhan bola dengan 45 sentuhan. 2 daripadanya adalah dalam kotak penalti. Satu daripada sentuhan itu mencetuskan percubaan gol yang terkena tiang.

Hubungan (connection) dengan pemain no.9

Akhyar telah membekalkan ‘target man’ Jafri Chew dengan 6 hantaran. Namun ia banyak dihantar di luar kotak penalti. Membuktikan pemain ini bukan tipikal penghantar bola lintang.

Akhyar juga memiliki larian yang sangat baik untuk seorang penyerang sayap terutama sekali ketika bola di kakinya.

Beliau lebih kepada ‘pure wing attacker’ yang menggemari banyak aksi pertukaran hantaran dan kemudian berada di dalam kotak penalti untuk mencari dan mencipta peluang gol.

Kekuatan

Pemain ini memiliki kekuatan dari segi tenaga dan juga gelecekan. Beliau berhati besar di dalam padang membuatkan permainan beliau nampak semulajadi dan tiada tekanan.

Akhyar memiliki larian dengan bola yang baik untuk mencetuskan kekacauan di kawasan pertahanan lawan.

Beliau adalah punca kepada penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid di dalam perlawanan ini. Kami masih merasakan pemain Jordan itu berhak mendapat kad merah. Tapi malangnya, kad kuning pun tidak.

Aspek harus diperbaiki

Kami merasakan Akhyar perlu memperbaiki aspek kreativiti dalam permainan beliau. Pemain ini bagus dengan bola di kaki, namun masih banyak perlu diperbaiki dari segi visi dalam permainan.

Buat masa ini, beliau masih lagi ‘direct’ dalam hantaran beliau.

Seterusnya aspek pertahanan. Beliau dalam perlawanan tadi berhenti mengejut apabila penjaga gol keluar daripada kawasan.

Walaupun penjaga gol berkelebihan untuk memenangi bola, Akhyar patut lebih defensif dengan menghadang gerakan pemain lawan sehingga bola diselamatkan.

Namun situasi gol tadi adalah kombinasi kesilapan penjaga gol yang tidak ‘decisive’ dan ‘misjudgement’ pemain pertahanan (Akhyar dalam situasi itu) yang tidak peka dengan ancaman.

Seterusnya kami berharap Akhyar lebih berani untuk melakukan percubaan gol kerana beliau adalah penyerang sayap dalam siste 3-4-3.

Rumusan

Akhyar adalah pemain terbaik pilihan kami dalam perlawanan menentang Jordan. Beliau adalah pemain penting dalam skuad ini buat masa ini. Kami berharap beliau konsisten pada perlawanan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN