12 Rekaan Jersi ‘Alternatif’ Pasukan Liga Super Malaysia 2018

Rekaan menarik bagi jersi pasukan bola sepak bukan sekadar dapat menarik perhatian sesiapa sahaja untuk memilikinya.

Malah anda tidak perlu mahir di dalam sukan bola sepak, atau meminati sukan tersebut semata-mata untuk memperagakannya dengan penuh bergaya.

Rekaan jersi pasukan yang menarik serta kombinasi warna yang sesuai juga dapat membuatkan ‘pakaian seragam’ ketika beraksi itu kelihatan eksklusif, mahal dan menjadi ‘khazanah’ bernilai buat sesebuah pasukan dan penyokong mereka.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila jersi Kedah bagi musim 2017 yang pertama kali ditaja oleh Al Ikhsan sebagai contoh, berjaya menyerlahkan ciri-ciri jersi idaman bagi penyokong pasukan Lang Merah itu.

Menerusi satu undian dalam talian (online) yang dijalankan di fanpage Facebook Scoreboard ExtraTime, jersi Kedah unggul dengan menerima jumlah likes paling tinggi iaitu sebanyak 4,200.

Jumlah ini jauh meninggalkan jersi Kelantan yang menerima 3,300 likes di tempat kedua dan jersi pasukan Perak yang menerima 1,900 likes di tempat ketiga.

Para peminat Kedah seolah-olah mengiyakan keputusan tersebut apabila dilaporkan jersi ‘away’ pasukan Kedah (warna merah dan hijau) telah kehabisan stok hanya selepas 5 hari dijual di cawangan-cawangan Al Ikhsan di sekitar Kedah sahaja.

Manakala bagi jersi ‘home’ pula turut mendapat sambutan yang begitu hangat dalam kalangan penyokong mereka.

Bagi musim 2018 pula, belum semua pasukan memperkenalkan reka bentuk jersi rasmi pasukan Liga Super masing-masing.

Hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi musim 2018 semalam, dan sehingga kini telah mengutip RM1.2 juta hasil penjualan jersi musim ini.

Ini membuktikan betapa penyokong bola sepak sentiasa mempunyai nilai sentimental terhadap jersi pasukan yang mereka sokong.

Para penyokong setiap pasukan juga sudah pasti tidak sabar melihat bagaimana rupa jersi pasukan kesayangan mereka bagi menghadapi Liga Malaysia 2018.

Semuanya BOLA baru-baru ini telah mendapat kiriman daripada seorang peminat bola sepak Malaysia yang telah mereka rekaan jersi bagi 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim ini.

Ia bukanlah jersi rasmi. Tetapi sekadar hasil kreatif pembaca kami. Siapa tahu, rekaan ini boleh dijadikan alternatif oleh pasukan yang bertanding di masa hadapan.

Mari kita saksikan rekaan-rekaan menarik yang dihasilkan tersebut:

Johor Darul Ta’zim (JDT)

Pahang

Kedah

Perak

Selangor

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC)

Melaka United

Kelantan

Kuala Lumpur

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC)

Negeri Sembilan

Terengganu FC

Nyatakan rekaan jersi yang anda rasakan menarik daripada 12 rekaan diatas! Kami mahu mendengar pendapat anda. Nyatakan pandangan anda di ruangan komen artikel ini.

Nota editor: Rekaan-rekaan jersi pasukan Liga Super ini telah dihasilkan oleh Shujiokishima yang merupakan seorang ‘brand director’ yang bertapak di Cyberjaya.

Foto featured image: Bernama (2018)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN