Akhyar Rashid Sedia Berhijrah Ke Liga Thailand Atau Liga Jepun

Bagi mengembangkan karier bola sepaknya di pentas lebih tinggi, bintang muda Kedah dan skuad bawah 23 tahun negara, Akhyar Rashid sedang mengintai peluang untuk beraksi dengan kelab Thailand atau Jepun.

Kelibat pemain yang berusia 18 tahun ini dikatakan mula menarik perhatian beberapa kelab di Asia selepas mempamerkan aksi memukau dalam kejohanan AFC B-23 dan Sukan Asia di Indonesia minggu lalu.

Walaubagaimanapun, pemain yang beraksi di posisi sayap dan penyerang itu mengakui belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana kelab setakat ini.

Aksi Akhyar Rashid ketika menentang Krygyzstan dalam saingan Sukan Asia. (Photo by Yifan Ding/Getty Images)

Menurut laporan daripada Berita Harian, ejen yang dilantik Akhyar mengakui mereka sedang berusaha memastikan impian pemain muda berkenaan menjadi kenyataan.

“Selaku ejen dilantik Akhyar, saya berharap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dapat memberikan kerjasama dan melepaskan pemain jika ada mana-mana kelab dari luar negara berminat mendapatkan khimatnya.

“Kami akan menghantar Akhyar bermain secara ‘pinjaman’ kerana dia masih mempunyai kontrak setahun bersama KFA,” kata Ketua Pegawai Operasi Marquee Managment Sdn Bhd, Wan Mohd Anwari Wan Amran.

Wan Mohd Anwari turut berharap, penghijrahan Akhyar itu nanti akan dapat membuka mata dan memberi inspirasi kepada pemain muda lain untuk membuat keputusan berani untuk beraksi bersama kelab di luar negara.

Akhyar Rashid hampir meledak gol buat skuad negara ketika menentang Jordan dalam saingan AFC B-23. Foto: Asiana.my.

Ketika ini, bekas pemain Harimau Muda B, Shahrel Fikri kini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima FC secara pinjaman dari PKNP FC. Turut beraksi di Thailand ialah pemain berdarah campuran Malaysia, Curran Ferns yang beraksi dengan kelab Sukothai FC.

Minggu lalu, tonggak tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran turut mengesahkan beliau ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga Malaysia dan sebuah kelab dari Liga Thailand.

Namun begitu, pemain yang berusia 19 tahun itu tidak mahu memikirkan tentng perpindahan tersebut kerana beliau masih ada tugas yang belum diselesaikan bersama skuad Kelantan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN