Akhyar Rashid Diburu Kelab Dari Thailand, Jepun Dan Indonesia

Persembahan cemerlang pemain muda dari Kedah, Akhyar Rashid ketika beraksi dalam saingan AFC Bawah 23 Tahun baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan peminat bola sepak sekitar Asia.

Bercakap kepada Berita Harian, abangnya yang juga bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid mengesahkan ada wakil dari kelab luar negara berminat untuk berunding dengan Akhyar mengenai tawaran ke kelab Thailand, Jepun dan juga Indonesia seperti dihebahkan sebelum ini.

“Ada ejen menghubungi saya dan berhasrat berunding lebih lanjut mengenai peluang Akhyar menyertai kelab sekitar Asia namun masih di peringkat awal. Selanjutnya mereka perlu menunggu sehingga Akhyar pulang ke Malaysia setelah menamatkan misi di China,” katanya kepada Berita Harian.

Menerusi tinjauan di laman media sosial, sebuah laman penyokong Kedah turut mengaitkan nama Akhyar dengan kelab ternama Thailand, Buriram United.

Menurut Rafdi, sebarang keputusan perlu dirujuk kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terlebih dahulu kerana Akhyar masih mempunyai kontrak selama dua tahun bermula 2017.

Difahamkan Akhyar akan memberi sepenuh perhatian kepada Kedah FA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan untuk melangkah keluar ke kelab lain. Sebarang perbincangan dengan kelab lain perlu membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Pemain remaja pasukan Kedah ini baru berusia 18 tahun dan menjadi pemain Malaysia yang paling muda dalam kejohanan debut Malaysia di Piala AFC B-23.

Namun begitu, beliau adalah pemain yang berjiwa paling besar dalam padang. Pada perlawanan menentang Iraq beliau menjadi pemain yang berani melakuka gelecekan menentang lawan lebih besar.

Bintang muda negara, Akhyar Rashid turut dipanggil menyertai skuad bawah 19 tahun. (Gambar : FAM)

Melalui analisis kami, pemain ini memiliki kekuatan dari segi tenaga dan juga gelecekan. Beliau berhati besar di dalam padang membuatkan permainan beliau nampak semulajadi dan tiada tekanan.

Akhyar memiliki larian dengan bola yang baik untuk mencetuskan kekacauan di kawasan pertahanan lawan.

Memiliki ketinggian 169 sentimeter bukan penghalang buat penyerang skuad Bawah 19 tahun negara itu berhadapan dengan pemain bertubuh besar daripada pasukan Timur Tengah dalam Kejohanan AFC B23 di China dan hampir menjaringkan gol ketika menentang Jordan.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya bola sepaknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN