Akhyar Rashid Anggap Terengganu Mampu Jadi Pencabar Liga Musim Ini

Pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid melihat Terengganu pada musim ini sebagai sebuah pasukan lebih lengkap dan mampu untuk menjadi pencabar kepada kejuaraan Liga Super 2024/2025.

Akhyar menjadi antara rekrut baharu Terengganu bagi menghadapi musim ini dalam aksi Liga Malaysia (Liga M) dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tampil dengan reputasi cukup besar sepanjang bersama JDT dan pasukan Harimau Malaya, jelas para peminat Sang Penyu menagih kelincahan Akhyar bersama mereka.

Bersama Terengganu, pemain kelahiran Kedah Darul Aman ini meluahkan keyakinan mampu untuk mencipta persefahaman terbaik bersama rakan sepasukannya sebelum saingan liga bermula.

Selain itu, keyakinan Akhyar juga sangat meningkat kini selepas rakan sepasukannya ketika bersama JDT iaitu Safawi Rasid turut bersama beliau musim ini untuk memperkukuhkan Terengganu.

“Saya berkeyakinan mampu membentuk keserasian bersama rakan sepasukan dalam mengharungi saingan Liga M pada musim ini biarpun saya pemain baharu dalam skuad.

“Kehadiran rakan sepasukan ketika bersama JDT, Safawi juga menambah lagi motivasi dan keyakinan saya untuk membantu TFC mara lebih jauh lagi pada musim ini.

“Lagipun pasukan TFC ini sudah lengkap sepenuhnya dengan dibarisi pemain berkualiti sekali gus mampu menjadi pencabar dalam saingan liga nanti,” kata Akhyar menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Akhyar turut mengakui penyertaan beliau bersama Terengganu adalah untuk meningkatkan lagi tahap permainan selain meraih lebih banyak minit permainan di atas padang.

“Penghijrahan saya ke TFC atas keinginan saya bertujuan untuk menambahkan lagi minit permainan bagi memastikan corak permainan saya meningkat dari semasa ke semasa.

“Ia juga sebagai persediaan untuk mengintai peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan,” jelas Akhyar lagi.

Musim lalu menyaksikan Akhyar telah diberi peluang beraksi sebanyak 16 perlawanan di pentas domestik serta mencipta empat gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Malah, penyerang lincah ini turut mencipta satu jaringan daripada dua penampilan beliau dalam saingan AFC Champions League (ACL) ketika menentang gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN