“Akhirnya Kuala Lumpur Ada Ramai Penyokong” – Bojan Hodak Bangga Dengan Transformasi KL City

Penyokong KL City Piala Malaysia
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Malam ini menjadi saksi kepada satu perjalanan yang cukup menakjubkan buat Kuala Lumpur City selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia. Ia boleh diibaratkan seperti sebuah cerita dongeng yang akhirnya menjadi kenyataan di dunia realiti.

Jika ditanya pada awal musim, tiada siapa menyangka pendatang baharu Liga Super ini mampu mengulangi sejarah gemilang 32 tahun yang lalu untuk menamatkan kemarau kejuaraan buat skuad ibu kota.

Namun atas dasar yakin dan percaya yang ditanam oleh ketua jurulatih Bojan Hodak kepada semua pemainnya, mereka telah menewaskan pasukan ‘gergasi’ JDT di pentas akhir dengan kemenangan 2-0.

“Kami bermain dan begitu menakjubkan pada hari ini, kami ikut semua yang kami rancang di bilik persalinan. Dan pada akhirnya, mereka berhak mendapat kejayaan ini,” ujar Bojan ketika sidang media selepas perlawanan.

Apa yang lebih menggembirakannya adalah untuk melihat kelab yang berpusat di ibu negara Malaysia itu akhirnya mempunyai penyokong yang cukup ramai untuk hadir memberi sokongan di stadium.

“Sebelum ini tiada sesiapa yang percaya kepada kami, tetapi saya rasa hari ini meraka semua benar-benar layak untuk menang trofi ini.

“Saya bercakap kepada CEO [Stanley Bernard], sebelum kempen Piala Malaysia bermula, saya beritahu kepadanya kami akan menang.

“Akhirnya, kamu boleh lihat KL ada penyokong, ramai penyokong. Kamu boleh dengar suara mereka hari ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN