‘Pengakhiran Sempurna’ – Shukor Adan Lakar Sejarah Gemilang Sebelum Gantung But

Shukor Adan Juara Piala Malaysia

Siapa sangka di usia 42 tahun dan beraksi pada tahun terakhirnya, Shukor Adan melengkapkan kariernya dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur City selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bekas pemain kebangsaan itu sebelum perlawanan telah pun mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional selepas 24 tahun mengerah kudrat dan menabur bakti di pentas bola sepak Malaysia.

24 Tahun Mengerah Kudrat Di Liga Malaysia, Shukor Adan ‘The Boss’ Umum Persaraan

Untuk rekod, ini merupakan penampilan kelapan Shukor Adan di perlawanan akhir dan akhirnya berjaya menjulang kejuaraan kelima dan kariernya selepas empat kali memenanginya bersama Selangor (2002, 2005) dan Negeri Sembilan (2009, 2011).

Leave a Reply