Akhirnya Bedah Siasat Harimau Malaya Akan Bermula Tidak Lama Lagi

Harimau Malaya

Persidangan dalam masa terdekat akan dibuat tidak lama lagi oleh Badan Siasatan Bebas pasukan Harimau Malaya bagi membincangkan isu bedah siasat terhadap prestasi kem kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 berlangsung di Singapura tahun lalu.

Selaku ketua badan siasatan tersebut, Datuk Dell Akbar Khan mengesahkan akan diri beliau yang sudah menerima laporan pengurusan pasukan kebangsaan dan laporan daripada bekas ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar baru-baru ini.

“Saya juga sudah mengenal pasti anggota badan bebas ini dan surat pelantikan sudah dikeluarkan oleh FAM. Badan bebas ini akan bersidang secepat mungkin memandangkan isu ini menuntut kesegeraan,” katanya kepada Berita Harian.

Semalam, dilaporkan Dell Akbar yang juga  merupakan bekas pemain kebangsaan dan Setiausaha Agung FAM pada tahun 2000 hingga 2005 telah memberi jaminan bedah siasat mengenai kegagalan Harimau Malaya di Piala AFF 2020 akan dilakukan adil dan telus tanpa memihak peada mana-mana individu lain.

Datuk Seri Hamidin selaku Presiden FAM telah mengumumkan badan siasatan bebas yang dianggotai individu dari luar badan induk itu dengan bertujuan mengetuai bedah siasat laporan prestasi skuad kebangsaan yang dilihat longlai sepanjang kempen Piala AFF 2020 pada tahun lalu.

Hasil daripada bedah siasat tersebut seterusnya akan dibentangkan oleh Dell Akbar bersama beberapa langkah untuk penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan (FAM) bagi dibincangkan bersama supaya hala tuju bola sepak Malaysia kembali bersinar.

Ini dilihat sangat penting  untuk Malaysia kembali di landas yang betul supaya kembali memberi cabaran kepada negara-negara terdekat seperti Thailand, Vietnam, dan Indonesia yang semakin kuat kebelakangan ini di Rantau Asia Tenggara.

Kegagalan Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 dikritik hebat dengan anak buah Cheng Hoe mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1.

Susulan daripada kegagalan itu, Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan beliau selaku ketua jurulatih negara dan FAM sendiri membuat kenyataan akan melakukan bedah siasat bagi melihat punca kegagalan tersebut.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN