Akanni Sunday Mahu Balas Kepercayaan UKM FC

Akanni Sunday

Bekas penyerang UiTM FC dan Terengganu FC II, Akanni Sunday Wasiu tidak menyangka dia masih mempunyai ruang beraksi di Liga Malaysia selepas dilamar oleh UKM FC pada awal Mac lalu.

Sudah menginjak di usia 36 tahun, Wasiu sudah membayangkan mahu menamatkan kariernya di Liga Malaysia sambil menganggap kualiti liga ini kian kompetitif dari musim ke musim.

Namun untuk menoktahkan kerjayanya penuh gemilang, Wasiu merasakan bukan sesuatu yang mudah kerana sepanjang tiga musim bermain di sini, pemain berketinggian 1.85 meter itu akui kebanyakan pemain lawan sudah mengetahui corak permainannya tiap kali turun beraksi.

“ Saya begitu menyukai bermain di Liga Malaysia malah saya anggap Malaysia seperti negara kedua saya dan oleh kerana itu, saya masih di sini apabila UKM membuat tawaran.”

“ Tambahan saya punyai ramai kawan dalam kalangan pemain tempatan manakala peminat di sini semuanya begitu baik, maka situasi itu buatkan saya terus di sini dan harap dapat bermain sehingga saya bersara daripada bola sepak.”

“ Cuma rasanya saya kena tukar cara bermain kerana kebanyakan pasukan terutama di Liga Premier sudah mengenali saya dan sudah tentu mereka tahu segala kekuatan serta kelemahan saya.”

“ Terus terang saya tidak sabar untuk kembali membuktikan apa yang saya sebaik liga bersambung dan walaupun sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )ini, saya tetap bekerja keras melakukan latihan sendirian bagi kekalkan tahap kecergasan, ” katanya.

Wasiu meraih perhatian ramai pada musim 2017 apabila gandingannya bersama Do-Dung Hyun cukup berbisa apabila penyerang yang berasal dari Nigeria ini meledak 24 gol sementara rakan sepasukannya 22 gol serta membantu UiTM mara ke pentas saingan Piala Malaysia buat kali pertama.

Dia berhijrah ke Terengganu FC II pada 2018 dan meneruskan rentetan kecemerlangannya menerusi ledakan 20 gol serta membantu pasukannya muncul juara Challenge Cup.

2019 menjadi musim kurang menjadi buat Akanni apabila sekadar menjaringkan tiga gol namun dia dilantik menjadi ketua pasukan TFC II.

Beliau dijangka bakal membentuk gandingan bersama bekas pemain Pulau Pinang, Julian Bottaro yang turut akan bersama UKM FC selepas seorang pemain import, Kevin Osei digugurkan.

Sementara itu, Wasiu tidak berasakan sebagai satu bebanan besar walaupun sedar harapan yang akan disandarkan di atas bahunya bagi menggalas kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang UKM musim lalu, Mateo Roskam

“Lega rasanya liga dapat kembali tidak lama lagi dan UKM akan cuba hadirkan saingan yang sengit kepada semua pasukan biarpun latihan kami bermula sedikit lewat.”

“Saya faham tekanan yang bakal hadapi kerana jurulatih pasti mahu pemain yang ada banyak pengalaman beraksi di pentas tertinggi bagi membantu pasukan dan diharapkan mampu beri sesuatu kepada UKM pada musim ini,” tambah Akanni Sunday lagi.

Kredit featured image: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN