Akademi TawauKini: Jiwa Bola Sepak Yang Berputik Di Hati, Subur Di Akar Umbi

Akademi TawauKini

Apabila peminat bola sepak tempatan ditanya berkaitan pembangunan bola sepak akar umbi, antara perkara pertama yang akan terlintas di fikiran mereka adalah Program Pembangunana Bola Sepak Negara (NFDP) dan Liga Suparimau.

Sejak dilancarkan, liga akar umbi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini telah pun berjaya mencungkil bakat-bakat muda dan memberi menjadikan perlawanan bola sepak di peringkat komuniti lebih kompetitif.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh mendiang Shebby Singh di Astro Arena, bola sepak kita memerlukan perlawanan kompetitif yang bersifat menyeluruh dan ia bermula dari peringkat akar umbi.

Semuanya BOLA berpeluang menemu bual Rahman Imuda, seorang anak muda berwawasan yang telah mengasaskan akademi bola sepak dengan usaha sama komuniti nun jauh di Tawau, Sabah.

Menurut perkongsiannya, peluang menyertai latihan akar umbi di Tawau tidak sehebat di Semenanjung Malaysia yang banyak dibantu oleh Akademi Tunas (AT) NFDP dan akademi-akademi persendirian yang lain.

Akademi TawauKini

Beliau yang merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memaklumkan di daerah tersebut cuma ada kurang daripada 5 akademi termasuk program NFDP yang menjalankan latihan akar umbi.

Bagaimanapun hampir semua akademi ini meneghadkan penerimaan pelatih disebabkan ia ditumpukan pemilihan kepada pemain yang berbakat dan berpotensi sahaja. Malah buat masa ini Liga Suparimau juga tidak dianjurkan di Tawau.

“Pada peringkat awal, Akademi Bola Sepak TawauKini mensasarkan 40 pelatih untuk mereka yang berumur 7-15 tahun, oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi, kami menerima 65 pelatih buat masa ini,” ujar Rahman.

“Sehingga hari ini, masih ramai ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka, malangnya kami tidak memiliki kekuatan sumber manusia (jurulatih) untuk menjalankan sesi latihan yang efektif.”

Ketika ditanya bagaimana idea asal penubuhan akademi ini, ia bermula dengan pasukan futsal yang didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan nama Kelab Futsal TawauKini.

Apabila mereka melihat ada permintaan untuk lebih banyak akademi bola sepak akar umbi di Tawau, mereka mengambil keputusan untuk membuka akademi ini. Setakat ini mereka memiliki kurang daripada 5 jurulatih yang konsisten untuk mengendalikan sesi.

Disebabkan hal ini, mereka sedang giat untuk mendapatkan sukarelawan (jurulatih).

“Falsafah akademi ini adalah keseronokan dalam pembelajaran. Saya masih ingat ketika pembelajaran di kelas dan sukan – kebanyakan hal yang saya ingat sehingga hari ini adalah sesuatu yang disertai dengan jenaka,” tambahnya lagi.

“Kami cuba seimbangkan pembelajaran aspek teknikal dan konsep ‘sukaneka’ di dalam latihan.”

Rancangan awalnya adalah beliau hanya ingin memiliki akademi, bukan bertindak sebagai jurulatih. Akibat kekangan dalam mencari jurulatih, dia terpaksa mengambil lesen kejurulatihan untuk membina kredibiliti akademi dan mendapatkan kepercayaan dari ibu bapa.

Rahman kini merupakan pemegang Lesen Kejurulatihan Bola Sepak FAM/AFC ‘D’ selepas lulus dalam kursus yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Ogos tahun lalu.

Menariknya lagi, akademi ini memiliki Persatuan Ibu Bapa Penjaga (PIBP) yang disertai oleh tiga wakil ibu bapa penjaga dan tiga wakil pengurusan akademi. PIBP ini dipengerusikan oleh saudara Abdul Salam Undong yang merupakan Pengurus akademi ini.

Sumber kewangan buat masa ini datang daripada yuran pelatih iaitu hanya RM20 sebulan dan aktiviti korporat TawauKini Media Solution (syarikat pemasaran digital). Perbelanjaan terbesar untuk akademi ini adalah sewaan padang dan elaun para sukarelawan.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang akademi ni, anda boleh melawat akaun Facebook rasmi mereka di sini: facebook.com/AkademiBSTK

Tidak sedikit legenda bola sepak negara yang berasal dari Sabah seperti James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Matlan Marjan, Jelius Ating dan ramai lagi.

Sabah FC juga kini sedang menikmati prestasi terbaiknya di Liga Malaysia (Liga-M) dengan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga, setelah dipotong saat akhir oleh Terengganu FC.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada Akademi Bola Sepak TawauKini. Semoga usaha ini bakal melahirkan bintang masa depan Malaysia dari negeri di bawah bayu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN