Akademi Mokhtar Dahari Cipta Sejarah, Juara Sulung Dari Luar Eropah Piala Vongido B-14

Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD Malaysia) mencipta sejarah baru dalam kejohanan B-14 tahun Kejohanan Vongido di Belanda. Mereka menjadi pasukan pertama dari Asia yang menjuarai kejohanan tersebut.

Malaysia bukan sahaja menjadi negara dari Asia pertama menjuarai pertandingan itu selepas 16 edisi malah menjadi negara di luar Eropah yang pertama melakukannya.

Sebagai tambahan, ini adalah trofi kedua yang AMD Malaysia menangi dalam jelajah Eropah untuk kejohanan B-14 tahun kali ini selepas kejohanan di Dortmund.

AMD Malaysia menewaskan KRC Genk dalam perlawanan akhir dengan jaringan 1-0 pada 3 Jun 2018 dalam perlawanan yang berlangsung pada 1.35 petan.

Pada peringkat kumpulan AMD Malaysia berjaya menjuarai Kumpulan A dengan 4 kemenangan dan 1 seri, tanpa kekalahan. 8 gol dihasilkan dan hanya melepaskan 2 bolos.

KRC Genk turut mencatatkan mata yang sama dengan AMD Malaysia untuk menjuarai Kumpulan B.

Jadi, perlawanan akhir ini menemukan 2 pasukan terbaik di peringkat kumpulan.

Pada peringkat separauh akhir AMD Malaysia menewaskan FC Basel 2-0 untuk menempah tiket ke final menentang KRC Genk. Basel adalah akademi yang melahirkan pemain seperti Mohamed Salah, Granit Xhaka, Xheridan Shaqiri dan ramai lagi.

Dalam perlawanan akhir, AMD Malaysia menunjukkan karakter yang hebat. Mereka menang hasil daripada jaringan sepakan percuma Mohd Khairil.

KRC Genk melancarkan beberapa serangan bahaya pada akhir babak perlawanan namun skuad AMD Malaysia berjaya mengelakkan diri daripada dibolosi.

Gawang Malaysia dijaga oleh Zulhilmi yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan tersebut. Sementara itu, seorang lagi pemain AMD Malaysia, Muhd Nabil Qayyum dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Berikut adalah ranking akhir pasukan yang bertanding:

1. AMD Malaysia
2. KRC Genk
3. NEC / FC Oss
4. FC Basel
5. FC Nordsjaelland
6. Brondby IF
7. Nat. Team China
8. Vitesse
9. Bayer 04 Leverkusen
10. Hammarby IF
11. FC Twente
12. RKSV Vogido

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di bumi Belanda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN