Bibi Ramjani: “Jangan Pula Fajr Hilang Selepas Buang Pemain”

Di mana Fajr Ibrahim? Itulah persoalan yang berlegar di minda Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan. Beliau mulai risau selepas jurulatih tersebut melakukan rombakan drastik dalam pasukan Kelantan.

Jangan pula selepas buang pemain yang tiada dalam perancangan, giliran Fajr Ibrahim membuang dirinya pula daripada pasukan Kelantan. Bibi Ramjani masih ada kepercayaan yang perkara itu tidak berlaku.

Selepas kekalahan di tangan Selangor, Fajr Ibrahim mengkritik pengurusan KAFA yang tidak menyediakan padang latihan kepada pasukan Kelantan.

Beliau menganggap ia adalah pengalaman paling teruk dalam sejarah karier beliau apabila pasukan berstatus liga super tiada padang latihan sendiri dan terpaksa berkongsi padan dengan orang awam.

Bibi Ramjani baru kembali dari Mekah atas urusan umrah. Beliau menyatakan tidak dapat menghubungi Fajr Ibrahim yang menghilangkan diri. Bercakap kepada MStar Online, Bibi Ramjani berkata:

“Dia hilang dari radar. Nombor telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi di luar kawasan perkhidmatan. Saya hantar Whatspp tapi tidak dibalas.”

Bibi terkejut dengan tindakan Fajr itu. Beliau juga berharap jurulatih itu kembali menyambung tugas. Kelantan dibelenggu pelbagai masalah di dalam dan di luar padang.

Sumber: Berita Harian

Beliau mengakui, Fajr mungkin tertekan dengan tekanan daripada pelbagai pihak.

“Tekanan yang diterima daripada pelbagai pihak bukan semua orang boleh hadapi. Beliau juga pernah bertanya kepada saya bagaimana saya boleh berhadapan tekanan hebat ini.”

“Dia juga tanya kenapa saya boleh kekal dan duduk dalam sebuah pasukan yang beliau sendiri tak pernah berdepan situasi teruk sebegini.”

Namun Bibi percaya, tindakan menghilangkan diri bukan penyelesaian kepada masalah dan beliau tidak menyokong tindakan itu. Bibi Ramjani menyatakan yang Fajr tidak boleh bertindak sedemikian.

Bibi Ramjani percaya Fajr masih belum pulang ke Serbia. Ini kerana Fajr meminta cuti Hari Raya daripada 9-14 Jun.

Buat masa ini, Bibi Ramjani tiada penjelasan lebih lanjut dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dahulu dan mahu jurulatih itu sedar akan tanggungjawab beliau.

“Kita tunggu dan lihat kerana saya dah beritahu dari awal jangan beliau pula yang keluar selepas buang pemain.”

Kelantan dalam rangka persiapan menentang pasukan Kedah untuk perlawanan Liga Super. Ia pastinya tamparan yang hebat kepada mereka.

Sebagai rekod, Fajr Ibrahim pernah meletak jawatan selepas 3 perlawanan mengendalikan pasukan namun perletakan jawatan itu ditarik balik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN