Ajax Sedia Tawarkan Erik ten Hag Kontrak Baharu Untuk Elak Dipancing Kelab EPL

Ajax bersedia untuk memperbaharui kontrak Erik ten Hag untuk mengelakkan pengurus itu dipancing oleh mana-mana kelab dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Di bawah kendalian Ten Hag, skuad muda Ajax berjaya mencuri perhatian bola sepak dunia apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League.

Kejayaan sedemikian pasti turut mengundang perhatian terutama dari kelab-kelab di EPL.

Ajax hargai

Peranan Ten Hag untuk memastikan kemaraan Ajax tidak dipandang ringan oleh kelab Amsterdam tersebut.

Pengurus berusia 49 tahun tersebut yang sebelum ini pernah bekerja bersama Pep Guardiola – sebagai pengurus pasukan simpanan Bayern Munich – akan ditawarkan pendapatan yang lebih mewah dengan kontrak jangka masa panjang.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – OCTOBER 23: coach Erik ten Hag of Ajax during the UEFA Champions League match between Ajax v Benfica at the Johan Cruijff Arena on October 23, 2018 in Amsterdam Netherlands (Photo by Eric Verhoeven/Soccrates/Getty Images)

Walaupun Ajax mempunyai jumlah bajet yang lebih kecil berbanding dengan kelab-kelab EPL, mereka tida kekurangan dana setelah menjual Frenkie de Jong ke Barcelona dengan nilai £75 juta pada musim panas akan datang.

Beberapa pemain lain dijangka akan mengikut jejak langkah De Jong dengan menyertai beberapa kelab utama serata eropah, termasuk kapten pasukan berusia 19 tahun, Matthijs de Ligt. Namun demikian, Ajax tidak sanggup untuk membenarkan pengurus mereka pergi.

Kredit kepada Overmars

Karier pengurusan Ten Hag bermula bersama kelab Belanda, Go Ahead Eagles – dilantik oleh Marc Overmars – namun bekas pertahanan tengaj itu hanya kekal semusim sebelum berhijrah ke Jerman.

Overmars kini adalah Pengarah Sukan Ajax dan merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang positif untuk Ten Hag dan pemain Ajax.

Ten Hag mulai mencipta nama ketika bersama Bayern, dan disifatkan sebagai salah seorang anak murid Guardiola yang berjaya.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – FEBRUARY 17: (L-R) director Edwin van der Sar of Ajax, director Marc Overmars of Ajax during the Dutch Eredivisie match between Ajax v NAC Breda at the Johan Cruijff Arena on February 17, 2019 in Amsterdam Netherlands (Photo by Soccrates/Getty Images)

Beliau kembali ke Belanda pada 2015 bersama Utrecht, dan membawa kelab tersebut ke saingan Europa League pada 2017.

Ini adalah musim kedua Ten Hag bersama Ajax, dan pada awalnya agak tertekan . Ajax sentiasa berada tangga kedua Eredivisie di belakang PSV Eindhoven pada awal musim.

Namun sejak Januari 2019, prestasi Ajax semakin memberansangkan dan kini berpeluang untuk menjuarai treble. Berada di puncak liga, berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Belanda, skuad kendalian Ten hag juga akan berhadapan Tottenham di separuh akhir Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN