Pemain pertahanan Ajax dan Belanda, Daley Blind disahkan menghadapi masalah jantung selepas mengadu pening kepada ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Valencia pada 10 Disember lalu.
Bekas pemain Manchester United berusia 29 tahun itu sudah pun terlepas dua perlawanan bersama Ajax pada Disember ini, dan disahkan tidak akan meneruskan latihan bersama pasukannya pada Januari akan datang untuk rawatan.
Get well soon, @BlindDaley! ♥️
— AFC Ajax (@AFCAjax) December 21, 2019
Menurut kenyataan daripada Ajax, pemeriksaan lanjut telah mengesahkan pemain itu mempunyai radang di otot jantung.
“Saya berasa sihat buat masa sekarang,” ujar Blind.
“Saya berusaha untuk kembali pulih secepat mungkin.”
Thank you all 🙌🏻 pic.twitter.com/7Z32bcwb5X
— Daley Blind (@BlindDaley) December 21, 2019
Untuk tujuan rawatan, Blind telah dengan peralatan khas untuk menstabilkan ritma deguban jantung beliau.
Tidak dapat dipastikan berapa lama Blind akan berehat, namun situasi Blind boleh membahayakan dirinya dengan risiko serangan jantung jika tidak dirawat.
Musim lalu, Blind adalah antara anggota penting skuad Ajax yang mara sehingga ke separuh akhir UCL, sebelum dikecewakan oleh Tottenham Hotspur.
Selain itu Blind turut membantu Ajax dengan kejuaraan berganda di saingan domestik pada musim lalu, apabila kelab tersebut muncul juara Liga Belanda dan Piala KNVB.
Malah sebelum kembali ke Ajax, Blin pernah membantu Manchester United menjuarai kejuaraan Piala FA, Piala EFL, dan juga Liga Europah (UEL).
Kelebihan untuk beraksi di beberapa posisi berbeza di bahagian pertahanan dan tengah adalah kelebihan yang dimilki oleh pemain ini.