Highlight: Gol Ke-50 Messi Bantu Barcelona Kekal Rekod Tanpa Kalah Barcelona Di Nou Camp

Lionel Messi menjaringkan gol ke-50 peribadi untuk Barcelona sekaligus membantu kelab Catalan itu menewaskan Alaves 4-1 dalam perlawanan La Liga pada malam tadi.

Kemenangan tersebut turut bermakna Barcelona mengekalkan rekod tanpa kalah di Nou Camp sepanjang tahun 2019 ini.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan Luis Suarez menghasilkan tiga bantuan gol, sebelum menjaringkan gol keempat ntuk memastikan Barcelona mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Real Madrid di puncak La Liga.

Antoine Griezmann terlebih dahulu membuka tirai jarngan untuk sebelum Arturo Vidal menggandakan kelebihan buat Barcelona pada babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, tandukan Pere Pons membenarkan Alaves mendekatkan jurang jaringan.

Namun jaringan Messi dari jarak 25 meter dan sepakan penalti yang disempurnakan Suarez memadam terus sebarang kemungkinan kebangkitan untuk pasukan pelawat.

Sepanjang tahun 2019 ini, Barcelona telah merekodkan 24 kemenangan dan empat keputusan seri untuk rekod tanpa kalah di tempat sendiri – yang pertama sejak 2011.

Barcelona akan mendahului carta La Liga pada Krismas, melainkan Real Madrid berjaya menewaskan Athletic Bilbao lebih dari enam gol pada hari ini.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan jaringan Messi terlebih dahulu dibatalkan, sebelum menghasilkan jaringan ke-50 peribadinya.

Ini adalah tahun ke-9 daripada 10 tahun kebelakangan ini Messi berjaya menjaringkan 50 gol pada setiap tahun.

Hanya pada 2013, Messi gagal melakukannya apabila hanya merekodkan 45 gol untuk Barcelona pada tahun tersebut.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN