Kelab India Ini Rancang ‘Mogok Sampai Mati’ Jika Dinafikan Hak Bermain Di Liga Utama

Apalah guna menjadi juara tetapi bermain di liga bawahan?

Itulah yang terjadi di India sekarang ini. Juara liga utama mereka dinafikan hak untuk bermain di liga utama musim hadapan.

Pasukan Aizawl FC merupakan juara liga I-League bagi musim ini dan akan beraksi di kejohanan Asia pada musim depan mewakili India.

Namun India FA dijangka bakal menyingkirkan mereka dari bermain di liga utama India selepas terdapat perancangan untuk membesarkan struktur Indian Super League.

Dalam perancangan itu, Aizawl FC tidak diletakkan dalam kelompok yang bakal bermain di liga utama musim hadapan sekaligus menafikan peluang mereka untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Untuk rekod, Aizawl FC merupakan pasukan yang mencipta kejutan dengan memenangi liga utama India selepas menewaskan pasukan-pasukan pilihan di sana.

Aizawl FC merupakan juara Liga India musim ini.

Keputusan India FA itu nyata tak disenangi oleh Aizawl FC dengan mereka bercadang untuk membawa perkara ini ke pihak yang sepatutnya.

“Kami akan dapatkan respon dari pihak India FA mengenai perkara ini. Jika tidak berjaya, kami akan pergi dapatkan bantuan Menteri Sukan India, Perdana Menteri India dan jika perlu Presiden AFC sekali.”

Jika usaha itu tidak berjaya maka pihak kelab akan mengambil tindakan drastik dengan melancarkan protes di seluruh dunia serta kempen ‘mogok sampai mati’.

“Jika gagal, kami akan lancarkan protes di seluruh dunia. Kami adakan protes dihadapan AFC dan FIFA serta India FA dan lancarkan mogok sampai mati!”

“Bayangkan disini, kami merupakan juara liga dan akan bermain di kejohanan Asia pada musim hadapan.”

“Kami main di kejohanan Asia musim hadapan tapi di India terpaksa bermain di liga bawahan. Apa ini?”

Kejayaan yang dicipta oleh Aizawl FC telah memeningkan kepala India FA kerana liga utama di India untuk musim baharu pada mulanya dikhaskan untuk pasukan elit.

Namun begitu pihak India FA memberikan gambaran akan beri jawapan pada Sabtu ini.

Baca juga: FMLLP: “Kami Tak Ambil Perhatian Isu Yang Hanya Kecoh Di Media Sosial”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN