Lelaki Ini Mahu FMLLP Tarik Semula Kenyataan Mengenai Azraai Khor Abdullah

Azraai

Semalam, bekas pengendali Kelantan iaitu Azraai Khor Abdullah telah mengatakan yang KAFA tidak membayar tunggakan gaji beliau yang hadapi ketika beliau menjadi jurulatih Kelantan.

Namun begitu, pihak KAFA menerusi Tan Sri Annuar Musa telah menjawab dakwaan tersebut dengan mengatakan yang sebenarnya tiada masalah mengenai bayaran mengenai jurulatih itu dengan pasukan Kelantan.

Dipergunakan

Menurut seorang individu iaitu Hisham Lokman, beliau mahu pihak FMLLP menarik semula kenyataan mengenai Azraai Khor Abdullah di laman Facebook mereka.

Bagi beliau, Azraai seolah-olah digunakan oleh pihak FMLLP dalam memburukkan nama KAFA.

“Tindakan FMLLP yang merupakan pengurus kepada Liga Super Malaysia, yang menerbitkan pelbagai artikel yang berbentuk ‘meraih sokongan’ terhadap tindakan mereka, tanpa merujuk kepada fakta kes, adalah amat dikesali.”

Beliau juga berkata yang pihak FAM, FMLLP malah pihak media juga boleh berhubung terus dengan pihak KAFA untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu yang berlaku ini.

Hisham juga meminta agar pihak FMLLP menarik balik kenyataan mengenai Azraai itu di laman rasmi mereka.

Mohon FMLLP menarik balik kenyataan tersebut dan faktanya diperbetulkan.”

Baca juga: Kelab India Ini Rancang ‘Mogok Sampai Mati’ Jika Dinafikan Hak Bermain Di Liga Utama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN