Aidil Zafuan Yakin Untuk Bergandingan Dengan Pengganti Shahrul Saad

Aidil Zafuan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2023 Dubai Shahrul Saad

Tanpa Shahrul Saad, kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak tampak yakin untuk bergandingan bersama mana-mana pemain di bek tengah selepas ini.

Malaysia dijangka menurunkan skuad terbaik bertemu Bahrain sebagai persediaan sebelum berdepan UAE dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan Aidil Zafuan bakal membentuk gandingan baharu di posisi bek tengah.

Shahrul Saad terpaksa diketepikan dalam baki tiga perlawanan kelayakan kali ini selepas mengalami kecederaan lutut ketika beraksi bersama Perak FC dalam saingan Liga Super. Beliau telah tampil bermain dalam semua aksi kelayakan sebelum ini.

Mula membentuk gandingan bersama Aidil Zafuan sejak kekalahan kepada Vietnam pada Oktober 2019, gandingan mereka hanya dibolosi dua gol, satu kepada Vietnam dan satu lagi ketika menang 2-1 ke atas Thailand pada November 2019.

Baki empat gol dibolosi ketika Harimau Malaya meletakkan gandingan Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin untuk dua perlawanan awal. Boleh dikatakan, gandingan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad dilihat lebih ampuh dalam tiga aksi selepas itu.

Pengendali, Tan Cheng Hoe dilihat membawa bersamanya Adam Nor Azlin, Junior Eldstal, Dominic Tan dan Irfan Zakaria untuk posisi tersebut dan kini semua mata tertumpu kepada siapa yang akan mengambil alih peranan Shahrul Saad.

Dalam aksi pemanas badan bertemu Kuwait baru-baru ini, Cheng Hoe telah meletak kepercayaan kepada Irfan Zakaria untuk membentuk gandingan bersama Aidil Zafuan dan skuad negara hanya dibolosi satu gol daripada gandingan tersebut.

Baki tiga gol yang dibolosi adalah selepas babak kedua di mana Cheng Hoe membuat sembilan pertukaran dan turut melibatkan posisi pertahanan. Hanya penyerang, Guilherme de Paula dan pemain tengah, Syamer Kutty Abba kekal di padang.

Pengendali berusia 52 tahun itu turut melakukan eksperimen dengan meletakkan Adam Nor Azlin di bek kanan dan Syahmi Safari di bek kiri yang nyata memakan diri.

Begitupun, kekalahan 1-4 kepada Kuwait tidak mencermin keupayaan sebenar skuad Harimau Malaya setakat ini dan aksi tersebut juga hanyalah perlawanan latihan antara kedua-dua pasukan yang tidak melibatkan kedudukan mata ranking FIFA.

Aidil Zafuan bercakap kepada The Star yang beliau tiada masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pemain. Katanya, “Saya pernah bermain bersama Adam [Nor Azlin], Junior [Eldstal] dan Dominic [Tan] sebelum ini, jadi tiada isu tentangnya.”

Baca lagi artikel lain mengenai Aidil Zafuan dan skuad kebangsaan:

5 Perlawanan Harimau Malaya Pesta Gol Baham Lawan

Ini ‘Benchmark’ Yang Ditinggalkan Brendan Gan Buat Penggantinya Nanti

Kalah Besar Berdepan Kuwait, Ini 5 Sebab Penyokong Malaysia Tak Perlu Gelabah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN