Aidil Zafuan Tidak Pernah Selesa Dengan Kelebihan Dimiliki JDT

Aidil Zafuan
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan sekarang selain tetap menganggap ia bukan perlawanan mudah apabila bakal berdepan Selangor dalam CIMB Liga Super 2020 pada malam esok.

Jelas Aidil, walaupun JDT masih gah di tangga teratas liga ketika ini, tetapi itu tidak bermakna mereka perlu mengambil perlawanan seterusnya dengan mudah apabila menjangkakan setiap lawan yang dihadapi bakal memberi cabaran berbeza kepada JDT termasuklah Selangor.

Justeru, dia dan rakan sepasukan menyifatkan perlawanan pada malam esok di Stadium Sultan Ibrahim cukup penting untuk JDT terus mengutip tiga mata penuh bagi mengukuhkan lagi kedudukan di takhta liga.

“Sebagai pemain, memang saya anggap setiap perlawanan penting, bukan sahaja untuk malam esok, malah perlawanan-perlawanan sebelum ini juga penting untuk kami.

“Mungkin peminat rasa apabila Selangor akan berjumpa JDT, dengan rekod pertemuan sebelum ini membuatkan mereka rasa ia akan menjadi perlawanan yang cukup sengit.

“Untuk saya, walaupun kedudukan JDT dalam liga sekarang agak jauh dengan pasukan lain, tiada istilah selesa kerana apa sahaja boleh terjadi dan kami tetap akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Yang penting, kami tidak pernah pandang rendah kekuatan lawan dan dalam bola sepak ini, saya hanya fikir pasukan saya sahaja untuk kami fokus sepenuhnya dalam perlawanan akan datang ini,” jelasnya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020, JDT gah menghuni tangga teratas dengan 19 mata hasil enam kemenangan dan satu keputusan seri bagi meninggalkan Kedah di tempat kedua dengan kelebihan enam mata.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai Aidil Zafuan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN