Aidil Zafuan Jadi Mangsa Tempelak Rita Rudaini Mengenai Isu Anak

Nama Aidil Zafuan sebenarnya bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak, selepas siri kejayaan dicipta beliau sejak beberapa tahun lalu di Malaysia serta pentas antarabangsa.

Walaupun begitu, nama Aidil turut tidak terlepas daripada mencipta kontroversi walaupun ia berlaku di luar padang dengan membabitkan hal keluarga bersama bekas isterinya, Rita Rudaini.

Umum mengetahui Rita merupakan bekas kepada isteri Aidil Zafuan dan mereka pernah berkahwin pada 25 Februari 2008 di Thailand dan sempat dikurniakan dua anak iaitu Airit Rayyan Rizqi serta Airit Qaqa Arjuna.

Walaupun begitu, usia perkahwinan mereka tidak panjang apabila bekas pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bercerai pada September 2013.

Perceraian kedua individu ini jelas mendapat perhatian ramai dan pelbagai isu timbul selepas itu terutama sekali membabitkan hak penjagaan anak.

Rita jelas mengambil tanggungjawab untuk membesarkan dua anak beliau sehingga kini, dan banyak laporan di media sosial menyatakan Aidil langsung tidak pernah mengambil berat mengenai mereka.

Terbaharu, Rita menempelak segelintir netizen termasuk nama bekas suaminya iaitu turut disebut sekali kerana ada yang meminta supaya aktres terkenal itu mempertemukan kedua anak jagaannya kepada Aidil.

Aidil sebelum itu telah pun mengadakan satu video secara siaran langsung dan menyebut nama dua anaknya sehingga mengundang simpati dalam kalangan netizen yang tampil memberi pelbagai pandangan.

Menerusi perkongsian MStar, Rita tampil menyatakan tujuan Aidil menyebut dua nama anaknya adalah lebih kepada sikap beliau untuk meraih simpati orang ramai sahaja.

Jelas Rita, jika Aidil benar-benar mengambil berat akan kedua anaknya, beliau sudah pun bertanggungjawab sejak dahulu lagi dan bukannya kini untuk menagih simpati.

“Awak tak payah nak buat tahu sangat. Kena kencing! Hancinglah. Setakat sebut nama saya pun boleh sebut nama anak Ronaldo ke, anak Beckham!

“Nak berlakon apa dengan orang, awak bukan buta kot. Aku yang bela sorang-sorang dari (anak-anak) kecil.

“Demam, suka, duka, sekolah, raya, makan dan minum aku tanggung sorang-sorang.
Kalau rasa nak anak kenapa tak ambil tahu dari kecil masa aku jaga basuh berak?

“Mereka sakit satu Malaysia tahu, kenapa mereka tak tanya? Awak cakap senang. Tak ada tindakan, berlakon dalam siaran langsung,” katanya melalui perkongsian dibuat laman tersebut.

Pada masa sama, Rita turut menasihatkan kepada mereka yang prihatin dan simpati kepada Aidil supaya tidak terlalu menjadi individu paling mengetahui masalah dihadapi beliau bersama bekas suaminya itu.

“Siapa pun tak layak nak ambil nama anak-anak aku bila mereka dah besar, berjasa, dan pandai. Aku yang bela bagi cerdik pandai! Bila dah cerdik, besar sedap pulak nak mengaku bagai. Berabang-abang bagai. Geli oi!,” kata Rita akhir sekali.

Semoga segala permasalahan melanda antara bekas pemain Negeri Sembilan itu bersama Rita dapat diselesaikan sebaik mungkin dan tiada campur tangan dibuat oleh segelintir netizen yang hanya akan mengeruhkan keadaan.

Sumber:
MStar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN