Aidil Sharin Tetap Titikberatkan Latihan Para Pemain

Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui tetap menitikberatkan perancangan latihan yang rapi buat barisan pemain bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang latihan walaupun hanya berada di rumah.

Beliau akan membuat panggilan video bersama anak buahnya sebanyak empat hari seminggu dan selebihnya adalah masa bersama barisan kejurulatihan lain dalam merangka latihan untuk pasukan.

“Setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat saya dan pemain-pemain akan membuat panggilan video untuk berbincang mengenai latihan bersama mereka.

“Seterusnya, saya juga sentiasa berhubung dengan barisan kejurulatihan lain untuk kami buat pelan A dan B untuk pasukan.

“Ini kerana, jika semuanya akan pulih dalam waktu terdekat ini, kami akan bersama pasukan kembali untuk berlatih dan sudah pasti apa yang diperlukan adalah aksi persahabatan sebelum liga kembali bermula.

“Tetapi, jika ia berlanjutan lagi ke satu tempoh yang belum pasti, pelan B adalah untuk kami menambah sesi latihan pemain dengan lebih kerap kerana kecergasan mereka begitu penting ketika ini”, katanya.

Kedah dilihat sedikit bergelut pada awal musim apabila hanya memenangi satu perlawanan dan berada di kedudukan ketujuh saingan CIMB Liga Super 2020 sebelum saingan ditangguhkan pada 16 Mac lalu akibat wabak COVID-19.

Kipre Tchetche Kpah Sherman Aidil Sharin Kedah 2020
Aidil Sharin dilihat berbincang bersama Kipre TChetche dan Kpah Sherman dalam sesi latihan. FOTO: FA Kedah

Sementara itu, pengendali berusia 43 tahun itu turut menyifatkan keselamatan keluarga adalah keutamaanya ketika ini apabila Singapura melanjutkan langkah pemutus rantaian wabak COVID-19 sehingga 1 Jun ini.

Beliau yang ketika ini berada di Singapura bersama keluarga menerima keputusan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kelmarin dalam usaha mengatasi penularan wabak berkenaan apabila jumlah kes dilihat semakin bertambah.

Justeru, tiada apa lagi yang lebih penting untuk jurulatih kelahiran Singapura ini selain daripada kesihatan dan keselamatan keluarganya dan bersyukur dapat bersama-sama mereka di rumah dalam melewati tempoh yang sukar ini.

“Sepatutnya langkah pemutus rantaian akan tamat pada 4 Mei tetapi kami telah dimaklumkan ia dilanjut sehingga 1 Jun selepas mengambil kira pelbagai aspek.

“Jadi, ketika ini semestinya masa saya bersama keluarga amat penting untuk kami sama-sama menjaga kesihatan diri di rumah kerana risau juga dengan keadaan sekeliling sekarang.

“Namun, sekiranya tempoh kawalan pergerakan di Malaysia berakhir lebih awal, saya berhasrat ingin pulang ke sana jika tiada halangan dan kita tengok dulu macam mana keadaannya.

“Dekat sini sebenarnya bukanlah sekatan pergerakan sepenuhnya kerana kami masih boleh keluar tetapi hanya atas urusan penting seperti membeli barangan dapur dan sebagainya”, jelas Aidil Sharin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN