Aidil Sharin: Jika Tidak Manfaat Peluang, Ini Akan Berlaku

Renan Alves Kedah Terengganu Liga Super 2020

“Jika kita tidak menjaringkan gol dengan peluang yang ada, ini akan berlaku,” tegas Aidil Sharin selepas menyaksikan Kedah tewas 3-4 kepada Terengganu FC dalam aksi minggu kedua CIMB Liga Super 2020 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedah mencipta deretan peluang walaupun sedang mendahului perlawanan 3-1, namun gagal menoktahkannya dengan jaringan gol yang bagi Aidil Sharin telah membangkitkan semangat pelawat untuk terus berusaha memburu jaringan gol.

Ini merupakan kekalahan kedua Kedah dalam dua perlawanan awal liga menyamai rekod pada musim 2018 yang menyaksikan Kedah tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak sebelum bangkit untuk tiga mata pada perlawanan ketiga.

Pada musim itu, Kedah yang dibimbing pada awalnya oleh Ramon Marcote, diikuti pula Nidzam Adha Yusof, telah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-6 liga dengan 32 mata daripada 9 kemenangan, lima seri dan lapan kekalahan.

“Kita telah cipta banyak peluang menjaringkan gol tetapi kita tidak menyudahkannya. Kita juga miliki tiga peluang satu lawan satu dalam perlawanan tadi. Ini yang telah meningkatkan keyakinan lawan kerana mereka percaya yang mereka boleh bangkit.

“Pemain-pemain tersebut telah mencuba sehabis baik. Bukan mereka tidak mahu menjaringkan gol, cuma ini mungkin bukan hari yang baik untuk kita, mereka gagal menyudahkan peluang itu. Jika tidak, mungkin ceritanya berbeza tadi,” ujarnya.

“Tahniah buat Terengganu dengan kebangkitan yang menakjubkan dan kita harus belajar daripada kekalahan yang menyakitkan ini serta cuba kembali dengan lebih kuat untuk perlawanan seterusnya,” tambah Aidil Sharin dalam sidang media.

Ketika ditanyakan adakah dua kekalahan berturut-turut ini adalah petanda buruk buat Kedah, Aidil Sharin pantas menafikannya kerana jika dilihat kepada kedua-dua aksi tersebut, Kedah masih bermain dengan baik cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

“Kita menjaringkan gol dan cipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Semua dapat lihat yang kita bermain baik menentang JDT dan Terengganu. Ini bukanlah petanda buruk. Perjalanan liga masih panjang, jadi kita tidak boleh berputus asa.

“Ada pasukan yang bermula dengan baik dan kemudian menurun pada pertengahan liga. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku,” ulasnya mengenai perkara itu.

“Apa yang penting adalah, kami perlu memberitahu diri sendiri yang kami tidak bermain baik kerana kita gagal mendapat sebarang mata. Kita perlu sedar yang kita harus mendapatkan tiga mata dalam perlawanan seterusnya,” tegasnya.

KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN