Aidil Sharin Rangkul Gelaran Jurulatih Terbaik Mingguan Liga 1 Indonesia

Aidil Sharin Sahak yang kini merupakan pengendali Persikabo 1973 dalam saingan Liga 1 Indonesia boleh dianggap telah mengecapi kejayaan tersendiri walaupun masih lagi baharu bersama pasukan tersebut.

Terbaharu, pengendali dari Singapura itu berjaya merangkul gelaran selaku jurulatih terbaik mingguan, selepas kejayaan taktikal Aidil untuk membantu Persikabo melakar kejutan mengatasi Persib Bandung.

Lebih manis, itu merupakan perlawanan terakhir saingan liga tersebut, dan Aidil menutup cerita Persikabo dengan begitu cemerlang sekali walaupun tidak memiliki ramai pemain bintang.

Selain Aidil yang merangkul gelaran tersebut, dua pemain Persikabo turut tersenarai dalam kesebelasan terbaik mingguan Liga 1 Indonesia iaitu Lucky Oktavianto, serta pertahanan mereka, Lucas Gama Moreira.

Sejak awal penyertaan beliau bersama Persikabo, Aidil tidak melaluinya dengan mudah setelah pelbagai rintangan perlu diredah pengendali muda tersebut dalam usaha untuk memperbaiki segala kelemahan pasukan.

Beberapa perlawanan awal menyaksikan ianya tidak begitu baik buat Aidil, dengan Persikabo mencatat beberapa kekalahan sehingga menaikkan kemarahan para penyokong.

Namun, Aidil kembali bangkit dengan cemerlang walaupun agak perlahan untuk menurunkan segala falsafah dimiliki supaya sebati dengan pasukan untuk tampil lebih baik.

Hasilnya, para pemain kini mula memahami kehendak Aidil dan ianya dicorakkan dengan sangat baik ketika mereka menewaskan Persib Bandung di gelanggang lawan yang dikelilingi ribuan penyokong Persib.

Jelas Aidil kepada wakil Semuanya BOLA, beliau berbangga dengan prestasi pasukan yang kini semakin memahami kehendak permainan beliau di atas padang.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana selepas beberapa perlawanan dilalui, para pemain mula memahami falsafah dan corak permainan yang saya inginkan di atas padang.

“Kemudian, kami tampil dengan semakin baik pada setiap perlawanan mendatang dan hasilnya kami mula mencipta siri-siri kemenangan,” jelas Aidil.

Ketika ditanya mengenai hala tuju beliau pada masa akan datang, Aidil menjelaskan ketika ini dirinya mahu berehat seketika sebelum memberi kata putus untuk terus berkhidmat atau tidak bersama Persikabo.

Malah, bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) itu turut menyatakan sudah ada dua kelab di Malaysia yang menawarkan kontrak kepadanya.

Menerusi pencapaian yang hebat dilakar Aidil ketika bersama Kedah dahulu, maka tidak mustahil beliau kini diintai banyak pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk cuba mendapatkan sentuhannya.

Kepada Aidil, kami ucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan anugerah itu pastinya menambahkan lagi semangat buat diri beliau bersama keluarga untuk menyambut Aidilfitri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN