Aidil Sharin Nafi Bakal Sertai Kuching City Tidak Lama Lagi

Bekas pengendali Persikabo 1973, Aidil Sharin Sahak dilaporkan kini sedang dipantau oleh salah satu pasukan dalam saingan Liga Super 2023 iaitu Kuching City dalam misi mereka mendapatkan jurulatih baharu.

Umum mengetahui, Aidil Sharin sebelum itu sudah pun menamatkan kontrak beliau bersama Persikabo selepas baru sahaja mengharungi empat perlawanan awal saingan Liga 1 Indonesia yang bermula beberapa minggu lalu.

Aidil meninggalkan pasukan tersebut dengan kenangan begitu manis selepas beliau berjaya menghadiahkan kemenangan sulung musim ini bersama Persikabo selepas mengharungi tiga perlawanan tanpa khabar gembira.

Beliau yang cemerlang bersama Kedah Darul Aman (Kedah) sebelum itu selama empat musim menyertai Persikabo tahun lalu dalam usaha untuk menaikkan kembali prestij Persikabo di Indonesia.

Tampil dengan beberapa perubahan permainan dibuat, jelas Persikabo tampil lebih baik bawah kendalian Aidil terutama sekali daripada segi penguasaan bola serta kreativiti mencipta serangan.

Namun jodoh pengendali dari Singapura itu tidak lama dan kini beliau dilaporkan mungkin akan kembali mewarnai dunia bola sepak tanah air bersama Kuching City.

Kenyataan Aidil Sharin bakal menyertai Kuching City dikeluarkan sebelum ini menerusi salah seorang wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran menerusi Twitter beliau.

Walaupun begitu, kami sempat bertanyakan sendiri kepada Aidil dan beliau menyatakan itu tidak benar dan sedikit terkejut ketika dikaitkan bersama Kuching City.

Aidil ketika ini dikhabarkan bakal memberi fokus penuh kepada keluarganya terlebih dahulu kerana dilaporkan ibunya tidak sihat dan berada di hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Apapun, jika Aidil menyertai Kuching City beliau pasti akan bertemu bekas pemain kendaliannya pada musim lalu bersama Persikabo yang ditandatangani Kuching City baru-baru ini iaitu Bruno Dybal dari Brazil.

Tampil dengan rekod yang baik di Malaysia, maka bukan sesuatu mustahil untuk pengendali berkenaan menarik minat kelab-kelab lain untuk cuba mendapatkan sentuhannya.

Malah, Aidil sendiri juga sudah pun membuktikannya di Indonesia bersama Persikabo selepas pasukan tersebut tampil lebih menyakinkan menerusi barisan pemain dimiliki beliau.

Apapun, ketika ini Aidil masih memberi fokus penuh kepada keluarganya dan semoga ibu beliau kembali sembuh daripada segala kesakitan dialami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN