Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Aidil Sharin Sahak Kedah Perak Liga Super 2020 penyokong

Membawa Kedah buat kali kedua ke saingan peringkat Asia tentunya sesuatu yang istimewa buat Aidil Sharin Sahak dan beliau mengakui yang hatinya masih kuat bersama skuad tersebut. Namun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

Ini kerana, menurutnya, dalam masa terdekat, beliau akan berjumpa dengan pihak pengurusan Kedah bagi membincangkan mengenai perancangan dan hala tuju pasukan dalam dua tahun ke depan sebelum membuat keputusan masa depannya.

“InsyaAllah, saya akan cuba berjumpa dengan pengurusan KFA [Persatuan Bolasepak Kedah] secepat mungkin dan kita akan lihat apa yang terbaik,” ujar Aidil Sharin.

“Seperti yang saya katakan, hati saya sentiasa untuk Kedah. Saya sayangkan pemain, penyokong dan pengurusan pasukan. Jadi, sudah tentunya, jika anda tanya kepada saya, ketika ini, hati saya 80 ke 90 peratus adalah untuk Kedah,” tambahnya.

Pada musim lalu, Aidil Sharin telah membawa mereka menjuarai saingan Piala FA dan menduduki kedudukan ke-4 liga. Kejayaan menjulang Piala FA membolehkan Kedah bersaing di pusingan kelayakan dan playoff AFC Champions League 2020.

Walaupun tersekat di pusingan playoff terakhir, Kedah sekurang-kurangnya telah berjaya mencapai satu tahap yang terbaik bersaing bersama antara kelab-kelab terbaik di Asia dan di Piala AFC selepas ini, ia mungkin memudahkan perancangannya.

Oleh sebab itu, Aidil Sharin mahu melihat terlebih dahulu perancangan KFA untuk musim-musim akan datang. Menurutnya ia sangat penting demi masa depannya.

Jelasnya, “Tetapi kita tetap perlu melihat apa perancangan untuk musim hadapan dan dua musim akan datang. Ia sangat-sangat penting untuk masa depan saya. Kita perlukan kerjasama baik dengan pengurusan. Harapnya segalanya akan selesai.”

Dalam pada itu, Kedah berjaya menewaskan seteru utama untuk tiket ke Piala AFC 2021, Perak dalam perlawanan terakhir CIMB Liga Super, dengan keputusan 3-2, malam tadi. Ia merupakan satu perlawanan yang amat dramatik sepanjang 90 minit.

Perak bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat kedudukan sebelum tandukkan Renan Alves di minit ke-63 memusnahkan segala usaha The Bos Gaurus. Begitupun, Perak masih berpeluang untuk ke Piala AFC jika menjuarai Piala Malaysia 2020.

KREDIT FEATURED IMAGE: UNIFI TV

Baca lagi artikel lain mengenai Aidil Sharin dan Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN