Aidil Sharin: Lupakan Renan Alves, Kita Ada Pemain Cukup Kaliber Isi Kekosongan Beliau

Kedah, Aidil Sharin

Pengendali Lang Merah, Aidil Sharin meminta agar semua pihak melupakan tentang Renan Alves, dan fokus utama adalah final Piala FA.

Aidil Sharin menyatakan pasukan Kedah memiliki pemain yang berkaliber untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Renan Alves – yang digantung perlawanan.

Bercakap tentang persiapan pasukan, Aidil menjelaskan segalanya berjalan dengan cukup lancar.

Beliau tidak berselindung bahawa Kedah akan merasai kehilangan Alves tetapi mereka harus menerima hakikat bahawa pemain itu tidak boleh bermain pada malam final.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Aidil Sharin berkata: “Setakat ini, semua persiapan berjalan dengan baik dan lancar. Kami pasti merasai kehilangan Renan – yang merupakan tonggak utama Kedah [musim ini].”

“Tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa dan harus menghormati peraturan pertandingan. Paling penting sekarang ini adalah pemain yang mengisi posisi Renan itu haruslah bersiap sedia – dan memberikan aksi terbaik.”

Aidil meletakkan kepercayaan kepada pemain seperti Shakir Hamzah yang dianggap beliau serba boleh dan tidak kekok untuk bermain di mana-mana posisi pertahanan.

Shakir

“Kedah akan memberikan aksi yang terbaik untuk final,” jelas pengendali dari Singapura itu lagi.

Kedah dalam misi untuk menjuarai Piala FA ke-5 di dalam sejarah pasukan mereka. Lawan mereka di pentas final adalah Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN