Aidil Sharin Laung Keyakinan Menjelang Aksi Bertemu JDT

Aksi tertunda saingan Liga Super bakal berlangsung pada malam ini dengan membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak jelas mahu para pemain kendaliannya kembali mencipta kebangkitan pada pertemuan ini setelah mereka tumpas pada Sabtu lalu di tangan Petaling Jaya City (PJ City).

KDA yang sebelum itu mencipta momentum tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super jelas tersentak ketika aksi menentang PJ City, apabila lawan tampil serba menyakinkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Menyedari hakikat masa untuk membuat perubahan lebih besar terlalu pendek, Aidil enggan menganggap itu sebagai suatu alasan untuk diri mereka tidak boleh bangkit lagi pada perlawanan malam ini menerusi semangat juang yang tinggi.

“Saya yakin pemain akan mengambil iktibar sebaiknya daripada tahap permainan lalu yang tidak menjadi dan mereka mahu bangkit daripada kekalahan pada Sabtu lalu.

“Misi kali ini akan berbeza kerana lawan kami adalah pasukan terbaik Liga Malaysia dan walaupun sukar, kami tetap menaruh keyakinan tinggi bermain di depan penyokong sendiri.

“Kembalinya dua pemain utama iaitu pemain tengah, Mahmoud Al-Mardi dan penjaga gol, Shahril Sa’ari yang tamat penggantungan kad kuning bersama pasukan kali ini, diyakini akan membantu menambahkan lagi kekuatan pasukan,” katanya menerusi Arena Metro.

Pada aksi bertemu PJ City lalu, jelas KDA sedikit tempang di bahagian serangan apabila pemain import mereka iaitu Al-Mardi tidak dapat beraksi.

Dengan kini para pemain dilihat sudah pun serba lengkap di setiap posisi, Aidil dilihat berpeluanh untuk menggunakan kekuatan penuh skuad kendaliannya bagi berdepan JDT.

Pada masa sama, Aidil juga menyatakan setiap pemain kini sudah mengetahui kelemahan masing-masing pada perlawanan lalu dan mereka tidak boleh lagi mengulangi kesilapan sama ketika berdepan JDT.

Lawan mereka malam esok boleh dianggap sangat kuat apabila JDT masih lagi segar dengan kemenangan besar 5-0 ketika menewaskan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

Malah, skuad kendalian Hector Bidoglio itu juga sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga Super mereka pada musim ini dan mereka bakal berdepan KDA di Alor Setar tanpa sebarang tekanan.

KDA kini berada di kedudukan keenam carta liga menerusi 27 mata berjaya dikumpul mereka daripada 18 perlawanan dihadapi, manakala pelawat iaitu JDT unggul di tangga pertama hasil 46 mata diraih kelab tersebut.

Selepas menghadapi cabaran JDT, pasukan Sang Kenari ini akan bertolak ke Paroi bagi aksi menentang Negeri Sembilan pada hari Jumaat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN