Aidil Sharin: ‘Jeneral’ Telah Dimuktamadkan, Tunggu Pengumuman Rasmi KFA

Aidil Sharin, Kedah

Ketika dihubungi Semuanya BOLA, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mengesahkan sudah menamatkan pencarian pemain import untuk slot Asia dan hanya menanti masa untuk diumumkan.

“Sudah dimuktamadkan. Tetapi kena tunggu pengumuman rasmi. Saya tidak boleh beritahu sekarang,” ujar Aidil Sharin ringkas.

Ketika sidang media tempohari, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustafa telah mengumumkan pengendali kelahiran Singapura itu sedang mengintai pemain import bagi posisi tengah untuk mengisi slot import Asia tersebut.

Tiga negara telah dinyatakan Aidil Sharin kepada pihak pengurusan ketika itu iaitu pemain yang berasal dari Tajikistan, Australia atau Jepun. Turut berlegar di media, kelibat Aidil Sharin di Jepun yang menguatkan kemungkinan pemain itu berasal dari Jepun.

Dalam artikel Semuanya BOLA, The Missing Piece: Aidil Sharin Buru ‘Jeneral Perang’ Untuk Dibawa Ke Darul Aman, Semuanya BOLA telah memberi bayangan yang pemain sedang diburu Kedah adalah bercirikan seorang jeneral padang dan ini diakuinya.

Selepas pemergian Liridon Krasniqi, Kedah masih tercari-cari pemain tengah yang setara atau lebih hebat daripadanya. Tiada lagi pemain tempatan yang mampu mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Mat Don sepanjang ketiadaannya.

Pemain itu wajib memiliki aura pahlawan disamping sedikit aura diva apabila memimpin jentera tengah bagi mengatur asakan mahupun membantu benteng di saat yang memerlukan. Semua pasukan hebat memiliki dan memerlukan pemain sebegini.

“Ciri-cirinya, dia adalah seorang jeneral,” ujarnya mengenai pemain yang telah diikat Kedah itu tetapi tidak mahu berkongsi bila pihak KFA akan mengumumkan secara rasmi. Dijangkakan, ianya pasti sebelum pertengahan bulan ini, kerana Helang Merah akan melalui beberapa siri aksi persahabatan dalam dan luar negara.

“Kita akan adakan dua perlawanan persahabatan dalam negara sebelum Jelajah Pra-Musim pada awal Januari,” jelasnya mengenai perancangannya dan belum ada keputusan tentang lokasi jelajah. Musim lalu, Kedah melalui aksi pra musim di Krabi, Thailand.

“Di atas kertas, pemain-pemain baharu ini memang menguatkan pasukan, tetapi masih terlalu awal untuk kita tahu kerana baru satu minggu kita berlatih bersama. Semua pemain bekerja keras.

“Kita harus kerja lebih keras untuk baiki kekurangan musim lepas,” tambahnya lagi mengenai impak kehadiran pemain baharu yang menurutnya adalah pilihannya sendiri dan bukanlah melalui sesi pemilihan ataupun dipilih oleh pihak KFA untuknya.

Kredit Featured Image: Kedah KA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN