Aidil Sharin Ada Ramuan Rahsia Jumpa Skuad Tok Gajah

Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak merancang untuk menggunakan strategi baharu menjelang pertemuan tumpuan Liga Super musim ini menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Dengan ketiadaan tonggak import pertahanan, Renan Alves, Kedah dijangka akan menggunakan khidmat pemain tempatan berpengalaman, Khairul Helmi Johari untuk beraksi di posisi pertahanan tengah.

Bercakap dalam Berita Harian, Aidil kini sedang menyiapkan ‘ramuan’ baharu untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang dari Kuantan.

“Untuk beraksi bertemu Pahang di tempat lawan, tentunya ia satu cabaran besar dan semestinya kita harus memiliki strategi berbeza yang perlu kita bawa ke sana untuk memburu kemenangan.

“Bagi penggantian Alves, saya belum membuat keputusan lagi kerana kita belum ada jawapan yang pasti siapa yang akan mengisi posisi berkenaan.”

“Kita masih ada beberapa hari lagi untuk latihan dan selepas itu pemain yang mampu menunjukkan prestasi terbaik semasa latihan bakal dipilih,” jelasnya.

FOTO: Kedah FA

Aidil juga mahu anak buahnya terus fokus untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya tanpa perlu memikirkan ketiadaan Alves.

“Kita akan gunakan apa sahaja peluang yang kita miliki kerana bolasepak adalah berkaitan 11 pemain secara keseluruhan di atas padang.”

“Saya melihat Pahang satu pasukan yang bakal memberi cabaran hebat dalam semua posisi untuk Kedah dan saya menjangkakan satu perlawanan yang lebih mencabar berbanding mana-mana perlawanan sebelum ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai skuad kendalian Dollah Salleh.

Disebalik tekanan yang sudah mula dirasai, Aidil tetap mahu skuadnya terus bekerja keras dalam latihan dan mencapai sasaran membawa pulang tiga mata.

“Saya telah memberi motivasi tambahan serta sokongan moral kepada semua pemain semalam dan memaklumkan agar mereka harus terus memiliki kekuatan bersama sebagai satu pasukan jika mahukan kejayaan,” kata Aidil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN