Ahmad Bashah: “KFA Akan Beri Marcote Peluang Jelaskan Keadaan Sebenar”

Presiden KFA, Datuk Seri hhmad Bashah sempat menjawab soalan wartawan tentang kedudukan Ramon Marcote dalam skuad Kedah selepas ini.

Beliau ditemui oleh wartawan selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Kota Setar semalam.

Datuk Seri Ahmad Bashah bagaimanapun mengesahkan KFA buat masa ini masih mengambil sikap terbuka ke atas Ramon Marcote.

Mereka akan meminta jurulatih dari Sepanyol itu tampil memberikan penjelasan tentang prestasi semasa pasukan Kedah. Ini selepas Kedah tewas untuk kali ke-3 dalam Liga Super di tangan Kuala Lumpur dalam cara agak kejam.

Ianya diikuti kekalahan di tangan Pahang pada pusingan ke-3 Piala FA 2018. Menjadikan ratio kemenangan Marcote setakat ini adalah 28.57% selepas 7 perlawanan. Hanya 2 kemenangan mereka catatkan.

(Nota editor: Ratio kemenangan dikira untuk tempoh 90 minit sahaja)

Kedah gagal mempertahankan trofi Sumbangsih dan juga sudah terlepas 1 piala domestik musim ini.

PKNP FC v Kedah. Foto: KFA.

Sudah ada rungutan daripada segelintir pihak yang mahukan kedudukan Marcote dipertimbangkan. Mereka juga meminta agar penyerang import Kedah, Pablo Pallares direhatkan dan ditukar pada jendela perpindahan akan datang.

Datuk Seri Ahmad Bashah mendengar rungutan itu dan akan cuba mencari penyelesaian.

Namun buat masa ini menurut beliau, adalah tak adil untuk terus mengambil tindakan tanpa memberikan peluang kepada Ramon Marcote untuk memberikan penjelasan.

Ramon Marcote dilantik menjadi pengendali sepenuh masa pasukan Kedah menggantikan Nidzam Adzha yang diturunkan semula jawatan kepada pembantu jurulatih.

Musim lalu Nidzam berjaya membantu Kedah menjuarai Piala FA, mara ke final Piala Malaysia dan menjulang trofi Sumbangsih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN