Agustin Herrerin: Si Komisioner Perlawanan Wira Real Madrid, Penenang Gemuruh Cristiano Ronaldo

Real Madrid merupakan sebuah kelab yang telah memasyurkan ramai pemain dan jurulatih. Mereka dianggap sebagai wira kelab atas kejayaan yang telah diraih, dan dianggap legenda di gergasi Sepanyol itu. Antaranya ialah Cristiano Ronaldo.

Tetapi tahukah anda, bahawasanya untuk menjadi sebuah kelab yang hebat, anda juga harus memiliki pasukan di sebalik tabir yang sentiasa bersedia menyumbang dan memainkan peranan masing-masing?

Antaranya ialah tugas seorang komisoner perlawanan.

Komisioner perlawanan

Komisioner perlawanan adalah jawatan yang dilantik oleh pihak kelab. Selain daripada pemain dan jurulatih, komisioner perlawanan turut mempunyai tanggungjawab yang sama berat dan penting.

Antara tugas utama seorang komisioner perlawanan ialah untuk memastikan keselamatan di dalam dan di luar stadium mengikut aturan yang ditetapkan, melaksanakan koordinasi perlawanan termasuk berhubung dengan pasukan pelawat, pengadil perlawanan, dan media.

Dengan kata lain, mereka adalah jeneral pada hari perlawanan. Di Liga Malaysia, kehadiran mereka juga telah memastikan perjalanan perlawanan Liga Malaysia di semua stadium berjalan dengan lancar.

Ini kisah komisioner perlawanan Real Madrid yang dianggap legenda di kelab tersebut.

Insiden tidak terduga

Tersebutlah kisah kejadian yang berlaku kira-kira 20 tahun yang lalu. Satu kejadian yang berlaku menjelang sepak mula perlawanan pusingan pertama separuh akhir UEFA Champions League (La Séptima) di antara Real Madrid dan Borussia Dortmund.

Perlawanan yang dilangsungkan di Estadio Santiago Bernabeu itu merupakan pertemuan pertama di dalam sejarah kedua-dua kelab. Dortmund merupakan juara bertahan. Manakala Real Madrid sudah 32 tahun tidak pernah bergelar juara di Eropah.

April 01, 1998. Santiago Bernabeu Stadium, Madrid, Spain. Champions League. Real Madrid vs Borussia Dortmund. The collapse of one of the goal meant seventy-five minutes delay in the beginning of the match. The Ultras were the responsible for the demolition of the goal. (Photo by Jose R. Platon/Cover/Getty Images)

Perlawanan tersebut sepatutnya menjadi satu perlawanan eropah penuh epik, dengan puluhan ribu penyokong yang sudah memenuhi setiap ruang stadium menunggu tibanya sepak mula.

Namun ada sesuatu yang tidak kena terjadi. Mungkin kerana faktor nasib atau kerana tingkah laku sekumpulan penyokong garis tegar Los Blancos yang dikenali sebagai Ultra Sur, salah sebuah tiang gol di stadium berkenaan tumbang.

April 01, 1998. Santiago Bernabeu Stadium, Madrid, Spain. Champions League. Real Madrid vs Borussia Dortmund. The collapse of one of the goal meant seventy-five minutes delay in the beginning of the match. The Ultras were the responsible for the demolition of the goal. (Photo by Jose R. Platon/Cover/Getty Images)

Kejadian tersebut berlaku pada 1 April 1998. Ini bukan jenaka April fool, tetapi merupakan realiti kejadian pada ketika itu.

Pengadil perlawanan menetapkan bahawa Real Madrid sebagai tuan rumah mempunyai masa 30 minit untuk menyelesaikan perkara tersebut. Masalahnya tidak ada tiang gol tambahan berada di dalam stadium, mahupun di sekitarnya.

Oleh itu beberapa pekerja stadium berusaha untuk memperbaiki kerosakkan pada tiang gol tersebut, namun ia tidak mendatangkan hasil.

UNSPECIFIED – APRIL 01: FUSSBALL: CHAMPIONS LEAGUE 97/98 01.04.98, REAL MADRID – BORUSSIA DORTMUND 2:0, Umgekipptes Tor (Photo by Andreas Rentz/Bongarts/Getty Images)

Penyokong yang berada di tempat duduk turut menjadi semakin gusar. Apa tidaknya. Risikonya ialah Real Madrid akan dianggap tewas di dalam perlawanan ini, dan kemenangan percuma 3-0 akan diberikan kepada Dortmund jika masalah tiang gol ini gagal diselesaikan. Situasinya agak dramatik pada ketika itu.

Agustin Herrerin

Di kalangan ribuan penyokong, pegawai perlawanan dan pekerja stadium yang berada di Santiago Bernabeu pada malan itu, ada seorang lelaki mempunyai idea untuk mengatasi masalah tersebut.

Beliau dikenali sebagai Agustin Herrerin. Herrerin merupakan pembantu komisioner perlawanan pada ketika itu.

MADRID, SPAIN – MARCH 02: Real Madrid’s pitch delegate Agustin Herrerin looks on prior to the start of the la Liga match between Real Madrid CF and FC Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on March 2, 2013 in Madrid, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Herrerin kemudian tampil dan memohon kepada pengadil perlawanan untuk memberikan Real Madrid tambahan masa untuk menyelesakan masalah tersebut. Dan ia dibenarkan oleh Mario van der Ende, pegawai perlawanan UEFA dari Belanda yang bertugas untuk perlawanan itu.

Tidak membuang masa, Herrerin dan bekas penjaga gol Real Madrid, Miguel Angel terus menggunakan sebuah van kecil untuk memecut ke pusat latihan kelab. Pusat latihan tersebut dikenali sebagai Ciudad Deportiva (bukan Valdebebas pada hari ini) hanya berjarak 2 KM daripada stadium.

Herrerin dikatakan memandu van tersebut dengan sangat pantas, dan sudah tentu dengan iringan pihak polis untuk memudahkan urusan.

Apabila tiba di pusat latihan, tiada sesiapa berada di sana dan premis sudah ditutup. Herrerin yang sudah berusia 63 tahun pada ketika itu mengagahkan diri untuk memanjat pagar premis untuk membuka pintu pagar daripada sebelah dalam.

Malang sekali buat Herrerin, seluar beliau terkoyak kerana tersangkut di pagar, namun ianya langsung tidak dihiraukan kerana mengejar masa.

Masalah lagi

Kemudian Herrerin dan Angel berhadapan dengan satu lagi masalah. Van mereka terlalu kecil untuk memuatkan tiang gol tersebut. Namun nasib menyebelahi mereka apabila pemandu lori dan lori kelab kebetulan baru tiba di perkarangan pusat latihan selepas selesai tugasan.

Tanpa berlengah, Herrerin dan Angel meminta bantuan pemandu lori tersebut untuk menghantar tiang gol sebagai gantian di Santiago Bernabeu yang rosak.

Candidi Gomes, pemandu lori berkenaan ketika mengenang kembali kejadian tersebut berkata:

“Saya baru selesai makan malam selepas bertugas. Kemudian Herrerin, Angel dan 8 anggota polis menyerbu ke arah saya sambil terjerit-jerit meminta tolong.”

Selepas satu masalah, satu lagi masalah timbul buat Herrerin, Angel, Gomes dan 8 anggota polis tersebut. Tidak ada di antara mereka yang mengetahui di manakah kunci bilik peralatan yang menempatkan tiang gol tersebut!

Tanpa pilihan, lori digunakan untuk merempuh pintu bilik tersebut. Ianya kedengaran gila, tetapi mereka melakukannya dengan perhatian pihak polis.

Wira Madridistas

Tanpa mempedulikan lampu merah dan trafik sesak, Herrerin, Angel dan Gomes memerlukan hanya 8 minit untuk meredah perjalanan 2 KM untuk kembali ke stadium.

Apabila ketiga-tiga mereka memasuki stadium bersama tiang gol baru itu, mereka disambut bagaikan wira oleh penyokong Real.

“Agustin Herrerin berpeluh habis dengan seluarnya yang koyak. Jika pada malam itu beliau tidak mengalami serangan jantung, maka beliau tidak akan mengalaminya sepanjang hayat,” ujar Gomes ketika mengimbau kembali kisah tersebut.

Mandatory Credit: Stu Forster /Allsport

Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di dalam perlawanan tersebut, sebelum seri tanpa jaringan di tempat lawan untuk ke perlawanan akhir.

Selepas itu, Los Blancos menamatkan kemarau 32 tahun kejuaraan di Eropah apabila jaringan tunggal  menewaskan Juventus 1-0 di Amsterdam Arena.

Penenang gemuruh Cristiano Ronaldo

Ini satu lagi kisah membabitkan salah seorang pemain terbaik yang pernah menyarung jersi Real Madrid. Cristiano Ronaldo menyertai Real Madrid pada usia 24 tahun setelah 6 musim bersama Manchester United.

Pada 6 Julai 2009, pemain ini diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Los Blancos di hadapan lebih 80,000 penyokong yang hadir di Santiago Bernabeu.

Walaupun sudah biasa dengan tumpuan ketika masih bersama Manchester United, pemain ini masih gementar untuk berhadapan dengan ribuan penyokong. Mereka ternanti-nanti kemunculan pemain termahal dunia pada waktu itu untuk muncul dari terowong pemain.

Menyedari perkara itu, Herrerin datang kepada Ronaldo. Beliau mengajak Ronaldo berbicara santai sambil menenangkan gemuruh pemain tersebut. Akhirnya, Ronaldo muncul untuk diperkenalkan kepada penyokong.

Majlis tersebut dianggap berjaya, dan Ronaldo berkata beliau tidak akan lupakan sokongan moral yang pernah diberikan oleh Agustin Herrerin. Sejak daripada itu, kedua-dua individu ini mempunyai hubungan yang akrab.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Setiap kali Ronaldo berjaya memenangi anugerah seperti Anugerah Kasut Emas atau pun Ballon d’Or, Ronaldo tidak pernah lupa untuk mengabadikan kejayaannya itu bersama Herrerin di dalam bentuk foto.

Pada musim 2016/16, Ronaldo menjaringkan hatrik ketika menentang Celta Vigo, dan bola perlawanan dihadiahkan khas oleh pemain itu kepada Herrerin.

Atuk Agus

Lebih daripada 40 tahun menabur bakti bersama Real Madrid, Herrerin mempunyai hubungan yang baik dengan pemain-pemain di kelab tersebut.

Mereka menggelar Herrein ‘Atuk Agus’. Adakalanya beliau akan melawat bilik persalinan untuk memberikan kata-kata semangat dan berbicara dari hati ke hati sebagai seorang Madridista.

Itulah sebab utama mengapa bekas pemain seperti Luis Figo, Roberto Carlos, Clarence Seedorf, dan ramai lagi kembali ke Bernabeu semata-mata untuk menemui Atuk Agus.

Herrerin dianggap sebagai mentor oleh pemain ketika karier di Real Madrid. Dan beliau tidak mempunyai masalah untuk memberikan sokongan dan nasihat kepada pemain.

Steve McManaman adalah salah seorang bekas pemain yang dibantu oleh Herrerin ketika baru tiba di bandar Madrid. Herrerin adalah individu yang bertanggungjawab membantu McManaman mendapatkan rumah di Madrid dan membiasakan bekas pemain anatarbangsa England ini dengan persekitaran barunya.

Kredit: La Liga

Peribadi merendah diri dan berserdahana dalam segala perkara membuatkan Herrerin amat disenangi oleh pemain-pemain Real Madrid.

Pada 6 Januari 2012, Sergio Ramos mendedikasikan jaringan ketika menentang Granada CF kepada isteri Herrerin, yang meninggal dunia pada penghujung tahun 2011.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Herrerin adalah wira tidak didendang dari terowong pemain, ataupun dari pejabat kecilnya yang terletak bersebelahan dengan bilik persalinan pemain.

Nilai kemanusiaan, keberanian, dan ketekunan adalah ungkapan terbaik untuk menggambarkan peribadi komisioner perlawanan Real Madrid ini.

Penutup

Pada hari ini Agustin Herrerin sudah berusia 83 tahun. Beliau telah memberikan khidmat kepada Los Blancos selama 40 tahun sejak daripada 1974.

Pada 2017, Herrerin bersara sebagai komisioner perlawanan untuk kelab Real Madrid, kerana masalah kesihatan. Namun tidak pernah tertinggal menyaksikan perlawanan membabitkan Real Madrid di Estadio Santiago Bernabeu

Siapapun anda, apapun peranan anda, semangat dan jiwa Herrerin yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada pasukan kesayangan wajar dicontohi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN