Baddrol Bakhtiar Ceburi Bidang Lakonan Di Dalam Filem Pendek ‘Sentak’

Daripada memperagakan aksi di atas padang ke aksi di layar perak, perubahan karier daripada bola sepak kepada lakonan bukanlah perkara yang baru.

Vinny Jones, David Beckham, Eric Cantona, Pele dan Neymar adalah antara pemain bola sepak yang pernah menceburi bidang lakonan.

Ia dilakukan samaada secara tetap sepertimana Vinny Jones, ataupun secara sambilan seperti yang dilakukan oleh Neymar dan Beckham.

Di kancah saingan bola sepak tempatan, perkara ini juga bukan perkara baru.

Kapten pasukan The Red Warriors, Badri Radzi atau lebih sinonim dengan panggilan Piya pernah muncul di dalam telefilem berjudul ‘Si Kijang Merah’ yang pernah disiarkan di saluran TV3.

Telemovie Si Kijang Merah

Selain daripada Piya, bekas penyerang pasukan negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut pernah bergandingan dengan beberapa artis terkemuka seperti Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite di dalam sebuah drama berjudul Klon pada 2013.

Namun demikian Piya dan Akmal Rizal hanya menganggap bidang lakonan sebagai bidang yang diceburi secara separuh masa.

Dalam perkembangan terbaru, pemain tengah skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar menjadi seorang lagi pemain bola sepak tempatan yang mulai menceburkan diri di dalam bidang lakonan.

Sentak. Sebuah filem pendek terbitan Darul Murthada Studio dan IGX Production berkenaan pengurusan jenazah akan mulai ditayangkan pada 9 April 2018.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Filem pendek ‘Sentak’ ini merupakan filem jenis pesan khimat masyarakat (PSA) di bawah payung Kompleks Dakwah Darul yang berkonsepkan filem Islamik.

Oleh kerana ia adalah filem jenis PSA, maka durasinya adalah sekitar 15 sehingga 30 saat sahaja, dengan intipati pengajaran menjadi kekuatan pembikinan filem sebegini.

Selain daripada Baddrol Bakhtiar, turut membuat penampilan di dalam filem ini ialah Ustaz Yaakub Yusra, Muz Inspire, dan juga Othman Ramli.

Baddrol bersama isterinya ketika Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada hari Jumaat.

Bagi yang ingin mengikuti filem pendek lakonan Baddrol Bakhtiar ini, anda boleh mengikuti laman You Tube dan Instagram Darul Murtada di pautan Youtube : https://bit.ly/2qdukum dan Instagram : https://bit.ly/2q8ct8I.

Siapa tahu, selepas Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK), Baddrol mampu mengungguli Anugerah Skrin pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN