Aguilar Dedahkan Dapat Panggilan Kebangsaan Dari Bolivia Kerana Football Manager

Bintang muda Perancis, Ruben Aguilar antara prospek yang baik dalam Ligue 1. Dalam satu temu ramah dengan Goal.com, beliau memberitahu pernah dihubungi Persatuan Bola Sepak Bolivia.

Mereka mahu menawarkan pemain tersebut tempat dalam pasukan kebangsaan mereka. Beliau pelik dan akhirnya mendapat tahu yang Persatuan Bola Sepak Bolivia mendapatkan maklumat kewarganegaraan beliau daripada Football Manager (FM)

FM menulis yang kewarganegaraan pertama Aguilar adalah Perancis dan yang kedua adalah Bolivia. Beliau berkata:

“Bolivia telah menghubungi saya. Ia agak pelik (sambil ketawa). Saya rasa semua ini berpunca daripada Football Manager”

“Mereka telah meletakkan kewarganegaraan Bolivia sebagai kewarganegaraan kedua saya selepas Perancis. Tahun lepas, tiba-tiba saya menerima mesej (komen) daripada peminat dari Bolivia selepas tamat perlawanan bola sepak.”

“Selepas perlawanan menentang PSG, beratus ganda mesej yang saya terima. Kami bercakap tentang diri saya di media sosial, ia menjadikan perkara lebih menarik.”

“Rupa-rupanya, di Bolivia, mereka bercakap tentang saya di televisyen yang mengatakan saya boleh dipilih mewakili Bolivia.”

“Saya terpaksa membuat kenyataan di halaman saya untuk menjelaskan bahawa saya bukan orang Bolivia jadi tidak boleh dipilih untuk mewakili negara mereka.”

“Saya orang Perancis sebelah ibu saya dan bapa saya pula orang Sepanyol. Saya tidak mempunyai dua kewarganegaraan. Sebelum ini memang ada satu masa saya membuka 2 kewarganegaraan itu.”

“Tetapi ianya lebih kepada hubungan kekeluargaan daripada kepura-puraaan mahu memilih bermain untuk Sepanyol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN