Aguero Terpaksa Tampil Perjelas Komen Terhadap Messi & Ballon d’Or

Lionel Messi akan tetap menjadi pilihan utama Sergio Aguero untuk memenangi Ballon d’Or, “selagi pemain itu terus beraksi di atas padang,” tegas penyerang Manchester City itu.

Aguero secara terbuka memberikan sokongan kepada Messi untuk memenangi kembali Ballon d’Or dan menafikan beliau pernah menolak rakan baiknya itu daripada senarai pemain yang layak untuk anugerah berprestij individu itu.

Sebelum ini timbul pertanyaan mengenai kenyataan dari penyerang Manchester City itu, apabila dalam jawapan kepada media, Aguero berkata pemenang Ballon d’Or seterusnya haruslah dari kalangan yang beraksi di perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL).

(Photo by Gabriel Rossi/Getty Images)

Messi sudah pun memenangi gelaran Ballon d’Or sebanyak lima kali sepanjang karier profesionalnya. Musim ini, Messi dan Barcelona tidak bernasib baik untuk beraksi di perlawanan akhir UCL, selepas kebangkitan luar biasa Liverpool di Anfield memadam kelebihan awal milik mereka untuk menang 4-3 secara agregat.

Pada 2018, pemain berusia 31 tahun ini menduduki tangga ke-5 di dalam senarai Ballon d’Or – yang dianggap kontroversi.

Semua ini mendorong rakan senegaranya, Aguero tampil melakukan penjelasan, bahawa Messi selayaknya dinobatkan pemenang anugerah tersebut untuk tahun ini.

“Saya tidak gemar tampil untuk menjelaskan kenyataan yang saya pernah berikan – tetapi apabila saya dituduh berkata sesuatu yang tidak saya katakan, sesuatu perlu dilakukan,” ujar Aguero di akaun Twitter milik beliau.

“Saya akan tulis di sini. Tiada ada pemain lain selain Messi yang akan saya pilih untuk Ballon d’Or selagi beliau terus beraksi – apatah lagi dengan apa yang telah ditampilan beliau [Messi] pada musim ini.

“Soalan sebelum ini diajukan untuk bertanya sama ada diri saya layak memenangi anugerah tersebut untuk tahun ini.

“Jawapan saya ialah saya harus beraksi di perlawanan akhir UCL, untuk melayakkan saya diberikan anugerah itu. Jawapan saya sangat jelas, dan sepatutnya tidak ada ruang untuk salah faham.”

Pada musim ini, Messi dan Aguero masing-masing mengecapi kejayaan di peringkat domestik, apabila Barcelona dinobatkan sebagai juara La Liga, manakala Manchester City mengecewakan Liverpool di hari terakhir kempen untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN