Manchester City menunggu sehingga minit ke-97 untuk mendapatkan gol kemenangan setelah diikat oleh Bournemouth.
Sterling meluru ke arah penyokong untuk meraikan gol tersebut. Seorang pembantu stadium mendakwa dia dikasari oleh Aguero yang merempuh beliau ketika keraian gol tersebut.
Sterling dilayangkan kad kuning kedua ataupun kad merah hanya selepas 3 minit sebelum itu dilayangkan kad kuning pertama.
Mike Dean tidak gembira dengan keraian bersama penyokong dan sebelum ini beberapa pemain turut dilayangkan kad kuning kerana keraian serupa.
Pembantu stadium cuba menghalang pemain-pemain City daripada meraikan gol dengan masuk ke tempat duduk penyokong.
Beberapa pemain City sudah pun dipanggil pihak polis termasuk Aguero, Benjamin Mendy dan Fernandinho untuk membantu siasatan. Guardiola yakin yang Sergio Aguero tidak akan diambil sebarang tindakan.
Satu footage video telah tular apabila seorang penyokong mengucapkan terima kasih kepada Aguero yang telah datang untuk membantu beliau. Video ini jelas menunjukkan penyokong tesebut ditahan dalam keadaan bahaya sekali apabila kepalanya ditekan di atas padang.
Dalam rakaman ini dengan jelas, Aguero tidak menyerang mana-mana pembantu stadium. Beliau cuma meminta agar pembantu stadium tidak terlalu kasar dengan penyokong tersebut.
https://twitter.com/mikesanz19/status/901498962867347456
Aguero kemudian menyatakan yang beliau tidak ada menyerang sesiapa seperti yang didakwa oleh pembantu stadium tersebut.
Ramai penyokong dari pasukan berbeza melahirkan sokongan ke atas Aguero. Seorang penyokong Manchester United berkata:
“Atas nama bola sepak, kita harus bersatu menyokong Aguero. Semua kita faham akan keterujaan penyokong City meraikan gol (kemenangan lewat).”
Pep Guardiola berang dengan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Sterling selepas kehilangan Kyle Walker dalam perlawanan sebelum ini, juga kerana kad merah.
Beliau berkata:
“Jika tidak boleh meraikan gol dengan penyokong, penyelesaiannya adalah, jangan jemput penyokong datang ke stadium lagi.”
“Saya perlukan penjelasan untuk hal ini. Inilah sebab kenapa Walker tidak dapat bermain di sini, dan selepas ini Sterling pula tidak boleh bermain berhadapan dengan kelab lama beliau, Liverpool.”
Pemain yang aktif dengan twitter, Bejamin Mendy sebelum ini beberapa kali menyakat pemain-pemain lain. Kali ini beliau turut menyakat pengadil dengan tweet:
“Siapalah orang yang tidak sukakan gol kemenangan minit ke-97 dan crowdsurfing?!”
Eddie Howe juga meluahkan simpati beliau ke atas kad merah Sterling. Beliau berkata:
“Tiada siapa yang mahu melihat kad merah seperti itu.”