Bintang Argentina dan juga Manchestter City, Sergio Aguero menyatakan beliau lebih terdesak untuk memenangi Copa America untuk Lionel Messi berbanding untuk dirinya sendiri.
Ini kerana Aguero merasakan Lionel Messi sudah terlalu banyak berusaha dan berkorban untuk Argentina.
Argentina seperti biasa, turun sebagai salah sebuah pasukan pilihan selain daripada Brazil.
Argentina melalui kempen Piala Dunia yang agak mengecewakan pada 2018. Dan mereka bertekad untuk bangkit dalam Copa America kali ini. Argentina juga mara 4 daripada 5 final terakhir Copa America, dan kesemuanya tewas.
Harus diakui, Lionel Messi hanya ‘hilang’ trofi major untuk negaranya sahaja di dalam kariernya. Sedangkan di peringkat kelab, beliau sudah memenangi segalanya termasuk 5 Ballon d’Or.
Aguero berkata: “Saya lebih gemuruh memikirkan untuk menjuarai Copa America ini demi Lionel Messi berbanding untuk saya sendiri.”
“Saya berharap hari itu akan berlaku jua. Ianya impian semua orang. Saya akan cuba bermain sebaik mungkin untuk membantu beliau menjulang Copa America.”
“Sadah lama, beliau tiba di kejohanan ini dan menderita kekecewaan. Saya pun begitu.”
“Kita semua tahu apa yang beliau [Messi] boleh lakukan. Dan kami harus bersiap sedia secara mental untuk mengelak daripada gagal.”
Messi sudah bermain 129 kali untuk Argentina dan menjaringkan 65 gol untuk negaranya.
Di peringkat belia, Lionel Messi menjulaing Piala Dunia B-20 untuk Argentina dan kemudiannya memenangi pingat emas Olimpik pada 2008. Cuma kini di peringkat senior beliau masih kemarau kejuaraan major.
Sergio Aguero menepis dakwaan bahawa beliau tidak cukup komited untuk negaranya berbanding dengan kelab.
Aguero berkata: “Saya sentiasa risau kalau-kalau nama saya disisihkan daripada Copa America.”
Sergio Aguero says he is desperate to help Lionel Messi win his first ever major trophy with Argentina.
"I'm more anxious to be a champion for Messi than for me… It's his dream and everyone's dream… I want to try to do my best for him to lift the Copa America." pic.twitter.com/SNmz5fxI14
— SBOTOP (@SBOBET) June 7, 2019
“Namun Leo menghubungi saya pada April dan menyatakan beliau yakin saya akan dipanggil.”
“Saya sangat gembira berjaya mendapat tempat dalam pasukan dan saya tidak pasti sama ada ini Copa America terakhir saya. Kami mahu memenangi sesuatu untuk negara kami.”
“Kami sedar, ada banyak tekanan untuk Argentina. Sedikit kesilapan boleh membuatkan kamu tersingkir.”
“Kamu tidak boleh bermain teruk, dan saya akan cuba bermain yang terbaik – sama seperti yang saya lakukan di City.”