Quantcast

BERITA

VIDEO: Cristiano Ronaldo Arahkan Bas Berhenti Demi Peminat Cilik Yang Leukemia

Satu video tular semalam memaparkan aksi kapten Portugal – Cristiano Ronaldo yang mengarahkan agar bas pasukan beliau berhenti demi seorang peminat cilik.

Ronaldo kemudian bergegas ke bahagian hadapan bas untuk bergambar dengan peminat cilik tersebut yang kelihatan tidak sihat. Nama kanak-kanak tersebut ialah Eduardo Moreira dan beliau sudah lama bertarung dengan leukemia.

Moreira dan keluarganya berada di tepi jalan dengan memegang poster bertulis: “Cristiano, berikan saya satu pelukan.”

Cristiano Ronaldo kemudian  bergambar dengan Moreira. Sikap Cristiano Ronaldo itu mendapat pujian ramai. Dan ada yang terharu dengan ketidaksombongan beliau melayan peminatnya terutama sekali yang sakit.

Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya dalam persiapan untuk perlawanan akhir UNL berhadapan dengan Belanda pada Ahad ini.