Tindakan tidak profesional Sergio Aguero menyentuh pembantu pengadil Sian Massey-Ellis telah menyebabkan penyerang Manchester City itu dikritik hebat oleh pelbagai pihak yang mendakwa pemain tersebut sebagai ‘seksis’ dan merendahkan maruah wanita.
Aguero mempertikaikan keputusan Massey-Ellis untuk memberikan lontaran kedalam kepada Arsenal ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu dan kemudian meletakkan tangan ke atas bahu dan leher penjaga garisan wanita berkenaan.
Kejadian tersebut dirakam oleh kamera sewaktu perlawanan sedang berlangsung dan pembantu pengadil itu yang jelas tidak selesa dilihat menolak tangan Aguero.
Apa yang lebih menggeramkan kebanyakan pihak, Massey-Ellis sebenarnya telah membuat keputusan yang tepat untuk memberikan lontaran ke dalam kepada Arsenal.
This isn’t cool https://t.co/ftcviJHgdo
— gunnerblog (@gunnerblog) October 17, 2020
Berdasarkan peraturan baharu untuk melindungi pengadil perlawanan berkuat kuasa pada empat tahun lepas, sebarang sentuhan pemain ke atas pengadil atau pembantu pengadil sepatutnya perlu dihukum dengan kad kuning atau merah, bergantung kepada situasi.
Bagaimanapun pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) mengatakan tiada tindakan akan diambil ke atas pemain antarabangsa Argentina itu sekalipun mendapat kecaman hebat daripada peminat bola sepak di seluruh dunia.
“Apa yang Aguero buat? Kenapa dia tidak dibuang padang?” ciap seorang netizen di Twitter.
“Aguero fikir dia siapa? Tindakannya langsung tak boleh diterima.”
#MCIARS: Aguero receives criticism for grabbing female assistant referee’s neck
Manchester City striker, Sergio Aguero has received widespread criticism for grabbing a female assistant referee, Sian Massey-Ellis’s neck during his side’s Premier League 1-0 victory against Arsenal pic.twitter.com/pNq94xiMDw— LowcoolVibes (@lowcoolvibes) October 18, 2020
Seorang penulis bola sepak, Leanne Prescott mengatakan tindakan Aguero menyentuh leher Massey-Ellis adalah sangat buruk dan keji.
“Jangan kerana dia fikir dia seorang lelaki dia boleh sesuka hati buat seperti itu? Tindakan merendahkan orang lain itu sangat salah. Adakah OK untuk menyentuh leher seseorang seperti itu?
“Dia tak sedar apa yang dia buat? Dia sepatutnya dihukum kerana perbuatan tersebut.”
Pengurus City, Pep Guardiola kemudian cuba mempertahankan anak buahnya itu dengan mengatakan tiada apa yang salah mengenai isu tersebut.
“Sergio adalah orang yang paling mesra yang saya pernah jumpa dalam hidup. Kalau nak buat isu, carilah situasi lain, bukan masalah seperti ini,” katanya.
Some facts about Sian Massey, the assistant ref touched by Aguero today:
– First Englishwoman to officiate in a men's game in European football
– First female to officiate in the Community Shield
– Officiated at the WWC, PL, EFL.Still can't get command basic respect. Shame. pic.twitter.com/O0rjPxNudH
— Rupin Kale (@Vegansportlover) October 17, 2020
Bekas pengadil EPL, Chris Foy memberikan pendapatnya yang mengatakan sepatutnya mana-mana pemain tidak wajar untuk menyentuh pengadil, tetapi hukuman hanya akan dikenakan sekiranya pemain tersebut bertindak agresif.
“Kata kuncinya adalah ‘agresif’ dan ‘konfrontasi. Namun peraturan telah jelas mengatakan tidak sepatutnya pemain membuat sebarang sentuhan ke atas pemain,” ujar Foy.
“Jika tiada sebarang konfrontasi, maka tidak ada sebab untuk pengadil memberikan sebarang hukuman.”
Namun komen Foy tersebut dikatakan diulas di luar konteks kerana isu melibatkan Aguero ini adalah mengenai gender pengadil yang berbeza dan sentuhan ke atas pengadil wanita oleh mana-mana pemain lelaki tidak sepatutnya diizinkan sama sekali.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai pengadil wanita:
Iran Batal Siaran Langsung Bayern vs Dortmund Kerana Pengadil Wanita
Bundesliga 2019/20: Jersi Klasik dan Pengadil Wanita Hiasi Kemenangan Bayern Munich