Afghanistan Sertai Piala AIRMARINE Ganti Tempat Solomon Islands

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad kebangsaan Afghanistan yang berada di ranking 147 dunia sah akan menyertai kejohanan empat penjuru, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 20 hingga 23 Mac ini.

Mereka akan menggantikan tempat Solomon Islands yang telah menarik diri kerana sudah mengaturkan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan negara lain.

Ia menjadikan empat pasukan yang akan bersaing dalam Piala AIRMARINE 2019 kini terdiri daripada Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanistan.

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam, wakil daripada Solomon Islands telah menghubungi pihaknya semalam bagi memaklumkan penarikan diri kerana mereka telah terlepas pandang tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei pada 24 Mac 2019 yang sudah pun dipersetujui lebih awal.

“Persekutuan Bolasepak Solomon Islands (SIFF) menerusi ketua pegawai eksekutifnya, Leonard Paia memberitahu yang pihaknya telah pun mendapatkan kelulusan daripada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) bagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei itu, sekali gus membuatkan mereka tidak dapat menyertai Piala AIRMARINE 2019 yang memerlukan dua perlawanan untuk dihadapi iaitu pada 20 dan 23 Mac 2019.

“Selepas menerima perkhabaran daripada SIFF itu, FAM telah mengambil langkah segera dengan menghubungi beberapa negara berpotensi bagi menawarkan tempat untuk mereka menggantikan slot yang dikosongkan oleh Solomon Islands dan akhirnya Afghanistan telah tampil memberikan pengesahan rasmi, hari ini (semalam) untuk menyertai Piala AIRMARINE 2019,” jelasnya.

Sesi latihan skuad kebangsaan Afghanistan. FOTO: AFF

Beliau turut mengesahkan undian rasmi kejohanan itu akan diadakan pada hari Isnin ini bagi menentukan lawan masing-masing.

“Empat pasukan – Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanistan akan diundi pada Isnin ini, 4 Mac 2019 bagi menentukan lawan masing-masing untuk aksi separuh akhir Piala AIRMARINE 2019 pada 20 Mac 2019,” kata kenyataan daripada Stuart Ramalingam.

Pemenang akan bertemu pada aksi final Piala AIRMARINE 2019 pada 23 Mac 2019 manakala dua pasukan yang tewas pada separuh akhir itu akan bertembung untuk perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama.

Tiket perlawanan Piala AIRMARINE 2019 berharga RM35 (Terbuka) dan RM45 (Grandstand) dan sudah boleh dibeli secara online di laman web Pro Event.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN