AFF Suzuki 2014: 4 Faktor Ini Mampu Menumbangkan Singapura.

1. Hilangkan Shukor Adan dari radar Dollah Salleh

Kami rasakan posisi Shukor Adan adalah perlu sentiasa berada di kawasan hadapan barisan pertahanan Malaysia. Tugas utamanya ialah untuk melindungi mereka serta mematahkan serangan daripada pihak lawan.

Sumber: Berita Harian Online
Sumber: Berita Harian Online

Akan tetapi bagi 2 perlawanan AFF melibatkan Malaysia, kami rasakan tugas yang diamanahkan kepada Shukor terlalu berat untuk beliau. Bermain dalam formasi 4-4-2, midfield perlu rajin semasa menyerang dan juga bertahan. Walaubagaimanapun, beliau tiada ‘speed’ & stamina tinggi yang amat diperlukan sebagai pemain tengah. Ini menyebabkan beberapa permain seperti Safiq Rahim dan Kunalan perlu berkerja lebih keras untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Shukor.

Kami faham faktor usia membataskan usaha Shukor tapi ini tidak seharusnya dijadikan alasan oleh coach Dollah. Kami berpendapat sudah sampai masanya Shukor digantikan dengan Gary Steven Robbat semasa menentang Singapura nanti.

2. Penyerang tumpul, gantikan dengan Pemain Tengah menyerang (Attacking Midfielder)
Kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai masalah di bahagian penyerang. Krisis keyakinan akibat kurangnya beraksi bersama pasukan utama JDT menyebabkan Shahrul Idlan kurang menyerlah ketika beraksi diperingkat antarabangsa.

Isu yang sama dihadapi oleh pasukan Chelsea pada beberapa musim lepas iaitu penyerangnya Torres, begitu hampeh ketika beraksi di atas padang.Apa yang dilakukan mereka untuk terus kekal kompetitif ? Jawapannya, jangan harapkan penyerang seorang sahaja untuk menghasilkan gol. Mereka menggunakan pemain tengah mereka seperti Hazard, Oscar & Lampard untuk bersama-sama mencetakkan gol bagi meringankan beban Torres.

Malaysia boleh melakukan sedikit perubahan dengan mengantikan taktik biasa 2 penyerang kepada 1 penyerang dan 1 pemain tengah menyerang (AM) . Safiq atau Badrol begitu sesuai bermain di belakang penyerang tunggal kerana mereka agak bijak membuat larian-larian lambat ke dalam kotak penalti dan berkebolehan melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti.

Malaysia

Tugas untuk mengawal kawasan tengah padang boleh diberikan kepada Hafiz Kamal dan Gary Steven Robbat.  Kami perhatikan Hafiz sepanjang bermain bersama Pahang, beliau jarang menghantar bola yang sia-sia kerana semuanya tepat kepada rakan atau mencari ruang kosong diantara pemain lawan. Dirty job atau DM pula boleh diberikan kepada Gary.

3. Kekalkan pertahanan sedia ada.

Malaysia leading dua kali tetapi akibat kurang fokus, kita memberi peluang kepada Thailand untuk mendapat 3 gol seterusnya menenangi perlawanan. Ramai yang menunding jari kepada Afif Amiruddin dimana kesilapan beliau menyumbang kepada ketiga-tiga gol Thailand.

Untuk pengetahuan, Afif Amiruddin kini berumur 30 tahun.  Di dalam usia begini kesilapan-kesilapan mudah seharusnya tidak berlaku kerana pemain sudah matang dalam aspek permainan bola sepak. Akan tetapi kurangnya bermain bersama Fadli Shas diperingkat Antarabangsa menyulitkan beliau untuk mendapat keserasian. Faktor Shukor Adan yang lambat untuk ‘tracking back’ juga menyebabkan beliau sering kali terperangkap untuk turun bertahan atau mengisi ruang yang ditinggalkan Shukor.

Sumber: NST
Sumber: NST

Sebarang pertukaran pemain akan mengubah keserasian antara pemain dan menyebabkan pemain perlu belajar kembali bagaimana pasangan mereka bermain. Bagi kami, tiada guna membuat rombakan di bahagian pertahanan ketika Malaysia begitu terdesak untuk menang ke atas Singapura. Apa yang boleh dilakukan ialah, Fadhli Shas perlulah lebih vokal untuk maki  berkomunikasi antara Afif, Mahali, Zubir dalam mengatur barisan pertahanan beliau. Arahan-arahan sebegini akan memberi harapan kepada Malaysia untuk kekal fokus sepanjang 90 minit permainan.

4. Magis Amri

Kami sangat teruja setiap kali Amri Yahya menyarung jersi kebangsaan kerana beliau suka buat sesuatu yang tak dijangka. Perkara yang kami tidak dapat lupakan ialah bagaimana beliau menjaringkan gol cantik menentang Manchester United yang ketika itu gawang gol dijaga oleh Edwin Van Der Sar

Ketika menentang Thailand beliau menjaring gol cantik dari luar kotak penalti, serta sepakan jarak jauh yang menarik menewaskan keeper Thailand. Akan tetapi palang gol menjadi penghalang. Kami pasti, jika jaringan itu terhasil peminat Harimau Malaya akan memanggil Amri Yahyah sebagai Beckham Malaysia

 

Biarkan beliau bermain secara free role seperti Bale di Tottenham Hotspur. Jika tidak bermain secara free role pun kekalkan beliau di bahagian kanan Malaysia dan teruskan menjadi Shadow Striker seperti posisi beliau di JDT. Ini kerana, beliau bijak dalam membuat  intelligent run di belakang pemain pertahanan lawan.Akan tetapi untuk mengunakan taktik ini, Malaysia perlu memastikan Mahali terus fokus untuk kekal displin di atas padang seperti apa yang beliau pamerkan ketika menentang Myanmar.

Tiada yang mustahil buat Malaysia, kita pernah melakukannya di Piala AFF ini. Hanya kemenangan yang akan menjamin peluang kita keperingkat seterusnya.

Jangkaan kami Malaysia 2-1 Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN