Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Singapura 1-3 Malaysia: 5 Sebab Mengapa Malaysia Menang

Malaysia mara ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2014 apabila menewaskan Singapura dalam Causeway derby antara dua negara berjiran. Kedua-dua pasukan melakukan kesilapan yang menyebabkan gol tetapi pertahanan Singapura lebih banyak melakukan kesilapan.

Singapura vs Malaysia - Football tactics and formations

Perlawanan ini adalah pertembungan klasik 4-4-2 menentang 4-4-1-1. Malaysia yang tampil dengan formasi 4-4-2 bermain dengan tempo yang tinggi dan mempamerkan tenaga pressing yang tinggi. Akibatnya, Singapura selalu hilang bola di kawasan midfield mereka sendiri. Tetapi mereka bertahan dengan baik ketika ditekan.

Singapura mungkin struggle untuk menyimpan bola tetapi mereka bertahan dengan baik, memenangi lebih 50% duel mereka.

Singapura mungkin struggle untuk menyimpan bola tetapi mereka bertahan dengan baik, memenangi lebih 50% duel mereka.

Perlawanan menjadi terbuka selepas salah satu kesilapan Singapura dihukum dengan gol. Selepas itu, perlawanan menjadi kurang menarik secara taktikal. Ia lebih kepada siapa yang paling kurang membuat kesilapan. Dan barisan pertahanan Malaysia ternyata cemerlang dan kurang membuat kesilapan.

Kami sertakan lagi 5 sebab mengapa Malaysia menang.


1. Pertahanan kiri Singapura perlu dipersalahkan atas gol Safee Sali.

Berpunca dari larian Mahali Jasuli (yang bertukar posisi dengan Azamuddin ‘Alex’ Akil) di sebelah kanan, Mahali kemudiannya memindahkan bola ke sayap kiri Malaysia yang dikemudi Amri Yahyah.

sg3

sg4

sg5

sg6


2. Safiq Rahim menyinar apabila bergandingan dengan Gary Steven Robbat

Bagi kami, Safiq Rahim sekali lagi mempamerkan aksi yang bagus. Dengan vision dan passing range Safiq di tengah padang, Mat Yo tidak perlu kerap turun ke zon midfield untuk mengutip bola dan Malaysia boleh bermain dengan lebih direct dan laju. Dengan kehadiran Gary, beban kerja Safiq ketika Malaysia kehilangan bola berkurangan berbanding ketika menentang Thailand tempohari.

sg7

sg8

Tamat separuh masa pertama, heat map ini menunjukkan Safiq banyak menggunakan passing range nya untuk memulakan serangan. Beliau jarang naik untuk mengukuhkan midfield.

Tamat separuh masa pertama, heat map ini menunjukkan Safiq banyak menggunakan passing range nya untuk memulakan serangan. Beliau jarang naik untuk mengukuhkan midfield.


3. Kerajinan Alex dan Amri Yahyah tracking back mengukuhkan pertahanan Malaysia.

Jika diperhatikan, nampak seperti Dollah Salleh mempelajari sesuatu daripada perlawanan menentang Thailand tempohari. Jika semasa menentang Thailand dahulu, kawasan kiri dan kanan Malaysia terdedah dan nampak goyah kerana advance positioning Mahali dan Zubir, kali ini Mahali dan Zubir lebih banyak mendapat perlindungan daripada Amri dan Alex.

sg9

sg10


4. Gary Steven Robbat lebih layak bermain di posisi defensive midfielder berbanding Shukor Adan.

Jika ketika menentang Thailand, bahagian pertahanan Malaysia terdedah dan nampak goyah kerana kurangnya perlindungan daripada midfield – mereka tak perlu risau dengan adanya Gary.

sg11


5. Direct passing Malaysia memberi tekanan kepada back four Singapura.

Semasa kedudukan terikat 1-1, Malaysia terus bermain dengan direct, mengikut route one – dan ianya sangat memberi tekanan kepada pertahanan Singapura yang jelas merindukan Baihakki Khaizan physical presence.

sg12

sg13


Kesimpulan

Clearly, we want this more than the Singaporeans.

Malaysia layak menang kerana work rate mereka semasa tidak memegang bola. Kita menang bukan kerana serangan yang tajam, sebaliknya keranan kerja defensif yang mantap. Dari segi serangan, partnership Mat Yo dan Safee masih tidak serasi. Kombinasi passing mereka jarang menghasilkan peluang gol. Tetapi mereka mempunyai masa sehingga 3 December ini untuk bersedia.

Sumber: AFF Suzuki Official Website

Sumber: AFF Suzuki Official Website

Dollah Salleh pastinya lega dengan keputusan ini kerana beliau memilih ahli pasukan yang berpengalaman. He select to win. Jika beliau memilih pemain muda, beliau sudah pasti mempunyai alasan jika kalah- mahu memberi pendedahan kepada pemain muda. Tetapi dengan pemain berpengalaman, terkandas di peringkat kumpulan tak boleh diterima.

Dalam separuh akhir menentang Vietnam akan datang, Amri Yahyah dan Shukor Adan tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan. Siapa yang anda rasa patut gantikan Amri dan Shukor? Let us know in the comment section!