AFF B-22: Singapura Tarik Diri, Malaysia Bakal Berdepan Myanmar Dan Indonesia

Bulan depan, Datuk Ong Kim Swee berdepan tugasan penting yang pertamanya pada tahun ini apabila dijadualkan mengendali skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) menghadapi Kejohanan AFF B-22 yang berlangsung di Kemboja.

Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan B, hanya akan beraksi dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan berbanding empat. Hal ini kerana Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mengumumkan penarikan diri Singapura dan Brunei daripada kejohanan yang kali pertama dianjurkan itu.

Tanpa menyatakan sebarang sebab mengenai penarikan diri dua pasukan itu, Kejohanan AFF B-22 hanya akan disertai sembilan negara.

Namun begitu, Kim Swee menyifatkan keputusan Singapura untuk menarik diri daripada Kejohanan AFF B-22 di Kemboja bulan depan sebagai merugikan pasukannya menjelang kempen Kejohanan Kelayakan AFC B-23 pada bulan Mac nanti.

“Ia merupakan pendedahan yang cukup baik memandangkan pasukan-pasukan dari Asia Tenggara memerlukan lebih perlawanan kompetitif sebelum menghadapi kelayakan Kejohanan AFC.

“Dengan penarikan diri Singapura, kami akan kekurangan satu perlawanan,” katanya dalam Stadium Astro.

Skuad muda negara dijangka berdepan cabaran hebat daripada Myanmar dan Indonesia yang turut menghiasi Kumpulan B.

Namun, keupayaan tuan rumah, Kemboja, tidak boleh dipandang sepi dengan kejohanan itu akan menjadi medan penilaian buat Kim Swee untuk memilih barisan terbaik bagi menghadapi ujian lebih getir sebulan selepas itu.

“Tujuan kami menyertai Kejohanan AFF adalah untuk mendedahkan pemain terhadap keamatan perlawanan di peringkat umur yang sama.

“Ia bagus untuk mempersiapkan pasukan menjelang kelayakan Kejohanan AFC pada Mac,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN