AFF B-22: Selangor Enggan Lepaskan Syahmi Safari

Kelmarin, ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan B-22 AFF 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 26 Februari 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Daripada 26 pemain yang dipanggil, salah satunya ialah pemain pertahanan kanan skuad Harimau Malaya yang cemerlang membantu negara muncul sebagai naib juara Piala AFF tahun lepas iaitu Syahmi Safari.

Namun ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan tidak mahu melepaskan pemain tersebut ke kem latihan pusat skuad B-22 negara yang bermula hari ahad ini kerana khidmatnya amat diperlukan ketika saingan Liga Super sedang berlangsung.

Skuad Selangor bakal menempuhi dua perlawanan penting menentang PKNS dan Pahang minggu hadapan dan kehilangan Syahmi mampu memberi kesan kepada skuad itu.

“Syahmi memiliki peranan yang penting buat Selangor. Daripada pandangan saya, kami tidak dapat melepaskan khidmatnya,” katanya dalam Stadium Astro.

Gambar: FA Selangor

Kegusaran Sathianathan juga menjurus kepada faktor kecergasan Syahmi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring.

Bagaimanapun, Syahmi menyerahkan kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mengadakan perbincangan dengan wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Dalam situasi sekarang, saya serahkan kepada FAS dan akan mengikut keputusan yang diberikan. Saya baru sahaja menyertai skuad utama dalam tempoh seminggu dan perlu meneruskan latihan untuk berada pada tahap terbaik,” kata Syahmi.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B Kejohanan AFF B-22 akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadualkan pada 26 Februari 2019. Semua perlawanan di Stadium Nasional, Phnom Penh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN