Peluang Untuk Mewakili Negara Dalam Pertandingan PES 2019

Anda ada bakat terpendam dalam permainan video bola sepak, Pro Evolution Soccer (PES)?

Teringin mewakili negara untuk bermain di peringkat tertinggi asia dan dunia?

Inilah peluang anda ! Komuniti PES Malaysia bakal membuat pertandingan besar-besaran untuk mencari pemain bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan PES Sea Finals di Bangkok, Thailand tahun ini.

SEA Finals merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh komuniti-komuniti PES dari seluruh Asia Tenggara (Asean). Setiap negara Asean akan memilih empat pemain terbaik mereka mewakili negara masing-masing dan akan menentang pemain-pemain terbaik dari negara Asean tersebut.

PES Sea Finals di Bangkok yang bakal berlangsung pada 3 Mac 2019 adalah edisi keempat yang diadakan selepas edisi julung kalinya telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada tahun 2016, kemudiannya diikuti di Bandung, Indonesia (2017) dan tahun lalu di Kuala Lumpur, Malaysia (2018).

4 pemain yang mewakili negara dalam kejohanan PES Sea Finals tahun lepas. FOTO: PES Malaysia
Bagaimana cara untuk mewakili negara ke kejohanan PES Sea Finals 2019?

Pihak PES Malaysia akan memilih 4 pemain terbaik iaitu dua pemain adalah mengikut kedudukan ranking tertinggi di PESMalaysia.com manakala dua lagi pemain akan dipilih melalui pertandingan wildcard yang akan diadakan pada 23 dan 24 Februari 2019 di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor.

Dua pertandingan tersebut akan berlangsung pada dua tarikh itu, juara pada hari tersebut dipilih menyertai dua lagi pemain terbaik yang diambil daripada kedudukan ranking PESMalaysia.com bagi mewakili negara ke Bangkok.

Kedudukan terkini ranking PES Malaysia.

Semasa artikel ini ditulis, kedudukan ranking sekarang menyaksikan NEST Zainul dan WASD Maul menduduki dua kedudukan teratas meninggalkan pesaing terdekat, GBX J dan ROKU Karl. Jika kedudukan ini kekal sehingga 16 Februari 2019, NEST Zainul dan WASD Maul akan dipilih mewakili negara.

Sebenarnya kedudukan mata ranking ini dikumpulkan oleh pemain tersebut melalui beberapa pertandingan PES 2019 yang diadakan secara offline di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. Mereka membentuk pasukan esports sendiri dan ditaja untuk menyertai pertandingan itu.

Jadi ianya agak sukar malah mustahil untuk pemain yang baru pertama kali menyertai pertandingan PES 2019 mengumpul mata untuk memotong kedudukan tersebut. Oleh kerana itu, pertandingan wildcard di Sg Buloh merupakan satu-satunya peluang anda untuk mewakili negara.

Bagaimana cara untuk menyertai Pertandingan Wildcard PES Sea Finals 2019?

Menurut kenyataan daripada laman facebook PES Malaysia, pendaftaran kini sedang dibuka dan anda dikehendaki membayar yuran pendaftaran. Jika anda memilih untuk menyertai salah satu hari, yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM30, manakala untuk menyertai kedua-dua hari tersebut, yurannya ialah RM50.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh melalui pautan ini.

Hadiah-hadiah keseluruhan pertandingan ini ialah bernilai RM5000.

Juara akan mendapat tiket penerbangan dan tempat tinggal ke PES SEA Finals di Bangkok, Thailand (wakil Malaysia). Mereka juga akan mendapat kerusi Seat Gaming, Medal, wang tunai RM500 serta Red Dragon Gaming headset.

Naib Juara pula akan mendapat wang tunai RM300,Red Dragon Gaming headset dan Medal. Manakala tempat ketiga akan mendapat wang tunai RM200, Red Dragon Gaming headset
serta Medal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN