AFF B-22: Ong Kim Swee Enggan Memikirkan Ketiadaan 5 Pemain Penting

Tugas berat sedang menanti skuad bawah 22 tahun negara apabila mereka bakal menghadapi kejohanan AFF B-22 tanpa khidmat 5 pemain penting yang tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing.

5 pemain tersebut ialah Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (Kedah), Muhammad Danial Amier Norhisham, Muhammad Zahril Azri Zabri (FELDA United), Mohd Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

Disebabkan saingan Liga Super sedang rancak berlangsung, khidmat 5 pemain tersebut lebih diperlukan oleh majikan mereka bagi memastikan pasukannya tidak keciciran mata untuk berada dalam kelompok teratas Liga.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun enggan memikirkan ketiadaan pemain itu dan akan menggunakan barisan pemain yang sedia ada untuk dibawa ke Kemboja.

Paling merisaukan Kim Swee sudah pasti bahagian tengah apabila tiga pemain yang tidak dilepaskan (Mohd Fadzrul, Danial Amier dan Muhammad Zahril) adalah pemain di posisi penting itu.

Untuk mengatasi masalah itu, Kim Swee sedang memikirkan untuk memanggil tiga pemain lagi sebagai ganti.

“Ada 21 pemain dari 26 pemain dipanggil. Kalau ikut angka 21 pemain memang mencukupi tetapi kita pergi kerana angka atau mahu dapat keputusan yang lebih baik.

“Ketiadaan lima pemain agak menyukarkan dan saya risaukan bahagian tengah kerana tiga pemain yang tidak hadir adalah pemain tengah.

“Apapun, saya harap pemain yang ada sekarang boleh buktikan yang mereka mampu mengisi slot yang ditinggalkan,” katanya dalam Berita Harian. 

Pemain menjalani latihan pertama semalam. FOTO: FAM

Salah seorang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat kali ini ialah penyerang kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama iaitu Hadi Fayyadh.

Hadi bersyukur kerana kelabnya lebih bersikap terbuka untuk membenarkan beliau menyertai skuad negara walaupun saingan Liga Jepun akan membuka tirai pada 24 Februari ini.

Hadi Fayyadh menyertai sesi latihan skuad bawah 22 tahun negara. FOTO: FAM

“Alhamdulillah saya dapat ‘lampu hijau’ kerana mereka beritahu bukan senang untuk bermain dengan pasukan negara. Pemain di sana pun bukan semua dapat bermain untuk Jepun.

“Jadi ini satu kebanggaan dan mereka gembira saya dipanggil untuk menyertai pasukan Malaysia. Mereka beri sokongan penuh dan mengucapkan selamat maju jaya kepada saya bersama pasukan Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN