Santiago Solari: Tiada Yang Mustahil Buat Real Madrid Kecapi UCL Keempat Berturut-Turut

Real Madrid

Santiago Hernan Solari menyalakan keyakinan bahawa Real Madrid mampu untuk meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali keempat berturut-turut.

Pengendali kelahiran Argentina itu menyifatkan tiada yang mustahil buat Los Blancos dalam usaha merealisasikan impian menggunung tersebut.

Keyakinan itu menjadi azimat buat Solari dan anak buahnya walaupun musim ini bukanlah bukan yang begitu cemerlang buat mereka.

”Tiada yang mustahil buat Real Madrid (memenangi UCL empat kali berturut-turut),” Solari melaungkan keyakinan terhadap pertanyaan yang diutarakan wakil media UEFA.

Lawan yang bakal ditentang Real Madrid adalah wakil dari Belanda, Ajax dan perlawanan pertama akan berlangsung di Amsterdam, Khamis nanti.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 3: (L-R) Vinicius Junior of Real Madrid, coach Santiago Solari of Real Madrid during the La Liga Santander match between Real Madrid v Real Valladolid at the Santiago Bernabeu on November 3, 2018 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Walaupun yakin anak buahnya mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam saingan berprestij Eropah itu, Solari turut berwaspada dengan cabaran yang bakal diberikan anak buah Erik Ten Hag itu.

”Ajax sangat dikenali dengan kerja mereka dalam sistem remaja, kerana komitmen mereka terhadap bakat muda dan corak permainan menyerang.”

”Itulah cara mereka masih bekerja, dengan pasukan yang telah menunjukkan bahawa mereka sangat kompetitif pada musim lalu dan berterusan kompetitif bagi musim ini.

”Pertemuan ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar, sama seperti semua perlawanan dalam sainga Liga Juara-Juara Eropah.”

Real Madrid kini dalam mood terbaik apabila mereka telah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

Los Blancos memenangi enam perlawanan (termasuk keatas Sevilla dan Atletico Madrid) dan seri pada pertemuan menentang Barcelona tempoh hari.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN