AFF B-22: Malaysia Bakal Mulakan Aksi Pertama Tanpa Kelibat Nik Akif Syahiran

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Skuad Bawah 22 tahun negara (B-22) kelihatan agak tempang di bahagian tengah apabila tonggak dari Kelantan, Nik Akif Syahiran mengalami kecederaan dan dijangka terlepas aksi pertama Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.

Malaysia dijadualkan menentang tuan rumah, Kemboja, Isnin ini, sebelum berentap dengan Indonesia dua hari berikutnya di mana Nik Akif dijangka turun beraksi dari bangku pemain simpanan.

Nik Akif yang membantu skuad bawah 19 tahun negara menjuarai Piala AFF B-19 di Indonesia tahun lepas mengakui kecewa tidak dapat menjalani latihan penuh dengan rakan sepasukan dan sedang berusaha untuk mengembalikan tahap kecergasannya.

“Saya agak terkilan kerana tidak dapat menjalani latihan bersama skuad untuk beraksi di Kemboja. Saya akan berusaha untuk berada pada tahap terbaik untuk tampil berkhidmat untuk skuad negara,” katanya dalam Stadium Astro.

Aksi Nik Akif ketika beraksi dalam Kejohanan AFF B-19 di Indonesia. FOTO: Bobotoh id

Dalam ketiadaan Nik Akif, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, akan mengintai pemain lain untuk mengemudi bahagian tengah.

Sebelum ini, barisan negara menerima tamparan hebat apabila 5 pemain termasuk tonggak tengah, Daniel Amier Norhisham, tidak diberi pelepasan oleh majikan masing-masing untuk menyertai skuad negara.

Skuad negara kali ini diperkuatkan oleh penyerang kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama iaitu Hadi Fayyadh. Nik Akif yakin dengan barisan yang sedia ada, Malaysia mampu memberikan saingan sengit.

“Saya berasakan Malaysia mampu memberikan saingan dalam setiap perlawanan serta melunaskan peluang terhidang untuk meledak jaringan,” ujarnya.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan masing-masing akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari 2019. Semua perlawanan di Stadium Nasional, Phnom Penh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN